Teratak Muda Friend

Monday, October 10, 2011

PUISI MERDEKAKU HARI RAYA

‘Merdekaku Hari Raya’

Merdeka…Merdeka…
Merdekaku Hari Raya,
Tahun ini hari rayaku merdeka!
Dua keindahan dirai rakyat Malaysia,
Tetapi…masih mampukah kita..
Untuk menghayati erti kemerdekaan?
Untuk mengekalkan tradisi hari lebaran?

Bebas, Kebebasan, Terbebas!
Kemerdekaan…
54 tahun usia meniti hayatnya,
Jangan biarkan ia roboh untuk kedua kalinya,

Barangkali kita sudah lupa,
Dulu kita pernah dijajah,
Tunduk! patuh membabi buta!
Di tanah air sendiri,

31 Ogos 1957,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan keramat bapa kemerdekaan,
Kini dilaungkan sekadar indah biasa,
Semangat yang dulunya membara,
Kini hanya tinggal bara!

Merdeka… juga Raya..
Disambut setahun sekali..

Tradisi lama semakin dilupa,
Meraih aidilfitri tanpa pelita,
Ibarat gelap seluruh Ummah,
Di dunia yang fana!

Merdekaku hari raya!
Gembira tak terkata,
Hangatnya raya lebih berbisa,
Namun…Kemerdekaan?
Dirai hanya sehari saja,
Kerana aidilfitri lebih beerti,
Pada pandangan masyarakat kini!

Jika hari-hari hari raya,
Hari-hari khilafmu nyata,
Jika hari-hari hari raya,
Hari-hari mohon maafnya,

Wahai anak merdeka…
Sorongkan tekadmu membelah ahli durjana!
Kerana mereka memporak-porandakan Negara,
Khabarkan pada mereka…
Hayatnya tak akan lama,
Kerana kita warga merdeka,
Bersatu padu mempertahankan ibu pertiwi!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki

*** Sory lambat upload...sebenarnya dah lama buat puisi nie tapi tak sempat upload..So, skrg sy upload laa..hehe ;)
There was an error in this gadget