Teratak Muda Friend

Tuesday, April 27, 2010

Sejarah Itu

Terguris sebuah perasaan,
Yang menghempas kelopak jiwa,
Tatkala mentari menyinggah ganas,
Mencari sesuatu yang tak direstui,

Siapa?
Salah siapakah itu?
Sejarahmu telah mengajar ertinya,
Jangan kau salahkan dia,
Jikalau patuhmu tidak pada mereka,
Jangan kau tuduh dia,
Jikalau khilafmu jelas ternyata,
Jangan kau bohongi dia,
Jikalau janjimu kau mungkirinya,
Jangan kau hentam dia,
Jikalau kudratmu secebis kuman,
Di mata mereka…

Biar?
Layakkah kau digelar insan?
Jangan sekali kau lupakan dia..
Ingat…Ingatlah…
Dia pernah menyinggah hidupmu,
Mengajarmu erti kegagalan,
Sebelum kau menginjak kejayaan,
Dia perunding arah tujumu,
Di saat kau terkunci kaku,


Karya : AchieyQ Yma

Pukulan Jiwa


Aku…
Siapa sebenarnya aku?
Aku punya keburukan
Tapi aku juga punya kebaikan
Walau ku tahu kekhilafanku
Melebihi kemurnian jiwa hakikiku
Namun…
Semua itu tak mematahkan semangatku
Untuk terus menjadi insan
Walau mereka memandang hina diriku

Aku…
Panas baranku telah menguasaiku
Namun…
Baranku reda saat suara berlagu
Hidupku penuh limpahan permintaanku
Tak pernah satu ditolak
Aku bahagia dengan caraku
Namun…
Aku tak sedar hakikat dunia
Banyak insan yang lebih merana dariku


Pernahku terfikir…
Di kala jendela keinsafan mendatangi
Aku masih…
Terleka, terlena, terbuai…
Dan aku masih mampu tersenyum
Dengan mimpi indah dunia…
Namun…
Kesedaranku pernah jua berbunga
Di saat kulihat titik jernih
Membasahi pipi tua ibuku
Yang aku yakin kini
Keluargaku adalah nyawaku


Keegoan diriku menjatuhkanku
Kemalasan membelenggu mindaku
Walau keberanian berada tegak di mercu
Namun…
Kegagalan sering meraja diriku
Aku mulai goyah…
Langkahku terhenti…
Kenangan lalu mengamit memori
Diriku tetap rahsia…
Di pandangan warna warni dunia


Karya : AchieyQ Yma

Saya Orang Baru


aku nie baru ja buat blog nie..byk lagi yg aku x tau pasal blog2 nie..tp x pyh risau laa coz kalau x tau, belajar laa jawabnya kan?? hehe...kalau x bljr, mcm mana mau pandai?? betul tak?? erm..tapi, mcm aku suka laa dgn blog2 nie coz byk benda yg boleh dikongsi kan?? ishk3x..byk gak persoalan aku nie..aduhhh..rimasss laaa...hehe..alaaa, almaklumlah kan baru je buat, so byk benda lg yg aku belum tau nie..so, kpd kwn2 yg sudi m'yinggah blog nie..berilah tunjuk ajar ye..kami budak baru belajar, kalau salah jangan marah, tap...tolong2 laa tunjukkan yaaa...dadaaaaa...jumpa lagi di lain episod..hehe "ikutlah kata hatimu"

Monday, April 26, 2010

Buat Kita


Siapalah aku untuk berbangga,
Aku hanya manusia biasa,
Juga mempunyai kekhilafan yang nyata,
Tiada sesiapa 100% sempurna,

Berfikirlah aku seketika,
Merenung jauh di jendela,
Meninjau hari yang bakal tiba,
Mengusung ilmu sematkan di dada,
Lemparkan batu penghalang kita,

Kita harus menuju ke sana,
Jalan yang terpampang di mata,
Ayuh menuju ke arahnya,
Marilah kawan-kawan semua,

Marilah kita bersama-sama,
Penuhi impian orang sekeliling kita,
Ibubapa, Guru dan juga Negara,
Kami datang tunjukkannya,
Kejayaan yang kami terima,


Karya : AchieyQ Yma

Bangkitlah...Kembalilah


Di manakah hilangnya…
Gelak tawa senda guraumu,
Hilangnya kecerian, munculnya kesuraman,
Dalam kehidupanmu secara tiba-tiba,

Kau hulurkan setulus kebaikan,
Kejahatan pula dibalas mereka,
Kini sang iblis itu bersuka ria,
Melihatmu jatuh rebah tersungkur,

Ayuh…Bangunlah…
Bangkitlah ke alam nyata,
Kembalilah seperti sedia kala,
Lemparlah semua iblis durjana itu,
Kuatkan hatimu menongkah arus ini,
Pejamkan matamu, kuncikan mindamu,
Percayalah semua ini pasti berakhir,

Berdirilah kembali, tongkatkan ketabahanmu,
Kami di sini sentiasa menyayangimu,
Kuatkanlah semangatmu menghadapi dunia,
Yang mungkin lain dari biasa,
Kamu juga harus percaya bahawa...
Mereka tidak mampu menarik nyawamu,
melainkan panggilan ILAHI memanggilmu,


Karya : AchieyQ Yma

Aku...??


Aku….??

Aku….??
Siapa aku?
Adakah aku seperti mereka?
Atau akukah insan itu…
Kelirukah aku pada diriku..??

Aku….??
Ada apa dengan aku?
Siapa aku sebenarnya?
Adakah mereka mengenaliku?
Seperti aku mengenali…Aku….
Biarkan….Biarkan….

Kerna aku tahu…
Aku tetap aku…

Aku begini kerana…Aku…
Aku tak hipokrit pada diriku...
Aku adalah aku seadanya…
Tak mungkin aku ubah
demi mereka…

Caraku, duniaku, sifatku…
Bagaimana aku dulu…
Begitulah aku sekarang..


Karya : AchieyQ Yma