Teratak Muda Friend

Monday, May 24, 2010

INGATLAH.....

Apa yang terlintas di dada,
Ungkapkanlah ia segalanya,
Berpijak di bumi alam maya,
Kepenatan yang perit terasa,
Tiada siapa dapat merasa,
Biarlah aku hanya berkata,

Hati kini merasa hiba,
Aku mengungkap yang nyata,
Tiada simpang siur belaka,
Bukan ilusi semata-mata,
Semua manusia sudah lupa,
Hidup ini bukan selamanya,
Hidup ini hanya sementara,
Pilihan antara syurga atau neraka,
Mana satu pilihan anda,
Hanya tuhan menentukannya,

Sematkanlah dalam minda,
Agar generasi depan dapat menerima,
Segala yang terlihat depan mata,
Aku bukan untuk mengata,
Cuma ingin mengingatkan saja,
Sedarlah kamu wahai manusia,
Hidup hanya sekali sahaja,
Janganlah di sia-sia,
Kerna nanti kamu yang merana,

Pesanku agar jangan meminta-minta,
Walau dengan sesiapa,
Hanya kepadaNYA dapat kita berdoa,
Syukuri nikmat Tuhan Yang Maha Esa,
Fahamilah apa yang ku pinta,
Agar manusia tak lagi leka,
Melupakan akhirat, mengagungkan dunia,
Ingatlah wahai manusia…


Karya : AchieyQ Yma

PENERANGI KEGELAPAN


Kau umpama sinar rembulan,
Menerangi gelap gelita malam,
Munculmu menjadi sinar harapan,
Pada yang amat memerlukan,

Kau ibarat nyawa sang insan,
Adamu cerahlah seluruh alam,
Tanpamu pudarlah sebuah perjalanan,
Dalam menggapai sebuah impian,

Kau…
Kaulah yang dimaksudkan,
Kaulah dia…
Kaulah yang didamba-dambakan,
Kau jugalah yang menerangi kegelapan,
Kau jugalah yang mampu mendidik manusia,
Dan…
Kau jugalah yang mengajar
Erti sebuah kehidupan,
Kaulah yang bernama ILMU…



Karya : AchieyQ Yma

SECANGKIR ILMU


Secangkir ilmu lambang kejayaanmu,
Menjadi penemanmu di kala kesempitan,
Menjadi pendorong dalam hidupmu,
Menjadi tonggak keberanian dirimu,

Secangkir ilmu membuatmu mengembara,
Mencari sesuatu mengikut nawaitu,
Mencari keredhaan dari Allah,
Yang dahagakan kejahilan ilmu,

Patahmu tak mungkin mampu berdiri,
Rantingmu kukuh biarpun melidi,
Tekadmu memberi kesedaran diri,
Buat semua yang telah rugi,

Kasihmu bagai sedingin salju,
Mampu mengorak mimpi terindah,
Sepasang mata yang menerima,
Setulus hati yang teruja,



Karya : AchieyQ Yma

BENGKEL KOREOGRAFI TARI PERINGKAT KEBANGSAAN DI UMS

pada 12 hingga 15 Mei telah berlangsung bengkel koreografi tari yang disertai oleh peserta dari seluruh Malaysia. Hampir 70 orang peserta yang mengikuti bengkel tersebut termasuk ajk sekali (kalau tak silap laa). Pada awalnya, penyertaan amat kurang..tetapi atas usaha orang2 yang terlibat, maka bertambahlah sedikit demi sedikit.. Antara penceramah yang diundang khas ialah Josept Gonzales (ASWARA), Pak indra (ASWARA), Suhaimi Magi (ASWARA), Umesh (ASWARA) dan Christopher (kk). Banyak asas tari yang telah diajar...aku sangat tertarik denan cara mereka mengajar, happy n meriah laa..hehe..tp aku tak berkesempatan untuk mengikuti bengkel tersebut kerana aku mempunyai tugas ajk yang memerlukan aku sentiasa berada di mana2..haha..tetapi memang best laa bengkel tersebut..harap2 akan dibuat lagi pada tahun hadapan...hehe,,ramai juga laa kenalan yang aku dapat berkenalan..haha, sampai ke facebook lagi perkenalan kami semua..haha, almaklumlah, kan sekarang facebook popular..hehe, pada malam penutupan itulah yang paling meriah kerana kami budak tahun 1 sebagai ajk pelaksan telah membuat satu kejutan kepada ibu-ibu n guru-guru kepada para peserta bengkel tersebut dengan membawa kek dari belakang pentas sempena hari ibu n hari guru..nampaknya mereka boleh laa dikatakan terharu..hehe..kejutan yang telah kami lakukan ini tidak diketahui oleh ajk induk..yang pasti pada hari itu adalah hari yang terindah kepada para peserta bengkel tersebut..ermm, ok laa...sampai di sini saja laa perkembangan yang dapat saya coretkan..haha...sampai ketemu lagi yaa..hehe "ikutlah kata hatimu"

Saturday, May 1, 2010

Manusia sekarang layakkah digelar insan???


salam perpaduan semua...bertemu aku lagi kali nie untuk merungkai segala pertanyaan di dalam benak2ku nie..ntah kenapa byk benda yang ingin aku pertanyakan..adakalanya pertanyaan yang masuk akal, ada plak yang kurang masuk akal yang tersimpan dalam mindaku saat ini...topik kita pada hari nie ialah "manusia sekarang layakkah digelar insan??"...yelah kan..aku tau aku bukanlah sempurna sangat, nak tulis plak pasal nie...tp, aku dapat lihat sekarang yang di dunia nie makin banyak maksiat, kejahatan, peperangan..bercakap pasal peperangan plak, bkn saja peperangan di antara negara2..bahkan ada yang berperang dengan orang sendiri..ntah laa apa mau jadi dgn dunia nie..mugkin dunia nie sudah terlalu tua kot..dah nyanyuk agaknya..sebab tue laa banyak masalah yang tak pandai selesai di dunia nie kan..oh yaa, hampir terlupa plak tentang "insan" nie..kita skrg yg dapat aku lihat, penuh dengan.......(to be continue)