Teratak Muda Friend

Monday, October 10, 2011

PUISI MERDEKAKU HARI RAYA

‘Merdekaku Hari Raya’

Merdeka…Merdeka…
Merdekaku Hari Raya,
Tahun ini hari rayaku merdeka!
Dua keindahan dirai rakyat Malaysia,
Tetapi…masih mampukah kita..
Untuk menghayati erti kemerdekaan?
Untuk mengekalkan tradisi hari lebaran?

Bebas, Kebebasan, Terbebas!
Kemerdekaan…
54 tahun usia meniti hayatnya,
Jangan biarkan ia roboh untuk kedua kalinya,

Barangkali kita sudah lupa,
Dulu kita pernah dijajah,
Tunduk! patuh membabi buta!
Di tanah air sendiri,

31 Ogos 1957,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan keramat bapa kemerdekaan,
Kini dilaungkan sekadar indah biasa,
Semangat yang dulunya membara,
Kini hanya tinggal bara!

Merdeka… juga Raya..
Disambut setahun sekali..

Tradisi lama semakin dilupa,
Meraih aidilfitri tanpa pelita,
Ibarat gelap seluruh Ummah,
Di dunia yang fana!

Merdekaku hari raya!
Gembira tak terkata,
Hangatnya raya lebih berbisa,
Namun…Kemerdekaan?
Dirai hanya sehari saja,
Kerana aidilfitri lebih beerti,
Pada pandangan masyarakat kini!

Jika hari-hari hari raya,
Hari-hari khilafmu nyata,
Jika hari-hari hari raya,
Hari-hari mohon maafnya,

Wahai anak merdeka…
Sorongkan tekadmu membelah ahli durjana!
Kerana mereka memporak-porandakan Negara,
Khabarkan pada mereka…
Hayatnya tak akan lama,
Kerana kita warga merdeka,
Bersatu padu mempertahankan ibu pertiwi!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki

*** Sory lambat upload...sebenarnya dah lama buat puisi nie tapi tak sempat upload..So, skrg sy upload laa..hehe ;)

Sunday, September 25, 2011

~ luahan R.A.S.A biarlah B.I.N.A.S.A ~

Salam n hye u all..erm, dah tengok tajuk tu? Rasa macam lain pulak kan? Tapi ini lah hakikatnya! Okay, tak payah nak citer panjang sangat..Direct jek terus lagi baik kan! Yeayyy..itulah sepatutnya! Hari nie biar aku 'PEDAS' sikit..Alaa, bukan selalu kan..Aku peduli apa..Haa, lantak laa! Heyyy Apasal jiwa kacau aku hari nie tau..hmmm


Okay! Aku dah nak masuk Port yang sebenar dah nie..tinggal tunggu enjin panas jek nie..Huh!! Aku geram waa beb! Aiyarkkkk! kenapa? Mengapa? Siapa? bagaimana? Haihhh..macam-macam sudah aku soal nie..Tapi belum tentu ada jawapan kan? Hah! Rasa laa aku!! ~,~


A.D.I.L <<<---- Haaa..korang kenal tak perkataan adil nie? Mesti laa kenal kan! Kekadang 'adil' nie baik dan kekadang jahat! Hah..mesti korang heran kan kenapa aku cakap A.D.I.L nie seperti manusia pula (Nama orang). Sebenarnya bukan! Eh, buat apa laa aku bagi tahu dengan kamu..haih, kamu cari sendiri laa subteksnya kata-kata aku nie k! Aku memang suka berkias sikit bila menulis. Bukan tak nak cakap direct, tapi malas nak 'menyingggungkan' hati orang!..Biarlah 'Cili yang bertandang pada si mulut'...Hah! Kira macam tue laa..

Okay! Yang nie aku cakap direct jek! Aku rasa TIDAK ADIL!!! Kamu faham kah? AKU RASA KAMU PILIH KASIH!! Yang nie jujur aku cakap...Aku tak nak cakap nama, tapi biar ayat aku nie jek yang memberitahu si 'penama'!!! Banyak sebenarnya persoalan yang kau nak tanya nie..Korang boleh jawap ker?? Haa..meh aku susun soalan yang dari dulu lagi aku nak tanya, tapi asyik terbengkalai kerana 'KESABARAN' aku masih ada...Okay, aku bagi list lagi soalan nie untuk kamu..Nah Amek!! :



1. Kenapa selalu pilih kasih dengan aku?
2. kenapa aku yang dimarah walaupun bukan salah aku?
3. Kenapa orang lain buat salah, tapi aku yang kena?
4. Kenapa mahu dengki dengan aku? (masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2..So, commonnnn laa!!)
5. Kenapa aku saja yang tiada hak?
6. Kenapa susah untuk dengar pendapat aku? setakat dengar jek okay! Bukan suruh buat pun!
7. Kenapa membeza-bezakan orang lain2?
8. Kenapa ketidakadilan ini hanya kena pada aku??

Haa....cukup lah! nanti aku tanya soalan banyak-banyak pun bukan korang baca!
Cukup lah aku rasa puas hati sebab dapat luah! tak jugak benda nie 'beku' di hati aku kan..Haa..pandai2 lah tafsir sendiri,kalau pandai menafsirlah k!


Sorry entry aku kali nie sangat2 menjengkelkan! But Thank You kepada pembaca...Yehaaa!
~Peace No War~

Friday, August 26, 2011

Go Mi Nam atau Park Shin Hye ~~







CIRI-CIRI LELAKI TELAH JATUH CINTA!!



1. Kawan bawak lepak..tak nak pegi..alasan nak buat asgmnt, padahal tengah gayut dengan cewek baru kenal (tanda2 mcm nie..bermaknaa anda telah JATUH CINTA!!)

2. Kawan bawak maen Futsal...terpaksa tolak kerana ada date dengan kenalan baru yang bakal2 menjadi ceweknya! bila dah sanggup tinggalkan sukan kegemaran anda...Bermakna anda telah JATUH CINTA!!

3. Syok2 anda bermain game kesukaan anda iaitu DOTA...tiba2 telefon bunyi..Rupa2nya..cewek yang anda baru kenali telah menghubungi anda..Dengan kelam kabut anda menekan punat Hp utk jawab panggilan tue..n siap buat suara macho lg...Haa..nie diaaa...Anda sememangnya telah JATUH CINTA!!

4. Ketika berada di bilik...Anda sedang ber'calling2 dgn Si Dia... Tiba2 mak masuk bilik nak hantar pakaian yg dah dilipat...tiba2 suara anda jadi pelan...sikit pon mak tak dpt dgr apa yg anda bualkan! Wah..anda sedang maluuu.. dan anda sebenarnya telah JATUH CINTA!!

5. Waktu terperanggkap dlm hujan..Anda sedang bersama si Dia di Bustop menunggu hujan berhenti..Oleh kerana terlalu sejuk, Si cewek menggeletar...Anda dengan Gentlemannya memberi jaket anda pada si Dia..Wah! Macho gitueee...takde lelaki yg nak bg jaket dia if dia sendiri pon kesejukan melainkan di sedang dilamun cinta dengan si Dia!! Hehehehe


P/S : Ok...nie belum habis lagi..tungguuu sambungan yang akan datang!! Yeayyy.... ~ To Be Continue ~

Friday, August 19, 2011

CIRI-CIRI WANITA TELAH JATUH CINTA!!



1. Selalu tengok Handphone..kot2 ada mesej dari si Dia…(tak sampai seminit, tengok lagi…bermakna anda telah JATUH CINTA!!)

2. Selalu berkurung kat bilik, sebelum JATUH CINTA selalu tengok TV kat ruang tamu bersama Family ( Kalau dah kerap dok kat bilik, makan pon susah ibu nak panggil kat bilik baru nak datang…bermakna anda telah JATUH CINTA!!)

3. Pandai senyum sendiri sebab teringat muka si Dia (Ngam2 takde org di sekeliling, di sana laa waktu untuk berangan-angan di bawa keluar DATE dengan si Dia…jika perkara ini berlaku…anda telah JATUH CINTA!!

4. Sebelum nak tido, lelapkan mata sebentar untuk berangan-angan dapat berkahwin dengan MR. RIGHT…dalam pada itu juga, golek2 kat tilam sambil tersengih-sengih sendiri…ini bermakna anda telah JATUH CINTA!!

5. Bila berdepan dengan si Dia, muka jadi merah..kelakuan dah tak tentu hala dah, berdebar semacam nak jatuh jantung tue kat bawah kaki..Aduiii…JATUH CINTA laa anda tu sebenarnya…hehe)


Haa...belum habis lagi nie...teruskan mengikuti blog ini...To be Continue ~
~Peace No War~

MINAH TUDUNG REMPIT PETANG TADI!!


Salam n hye u all…nak dengar citer tak? haa..meh sini…ada citer GEMPAK beb!! Petang tadi I nampak Minah Tudung REMPIT woo…HEBAT dowh!! lelaki tak TERCABAR ker bila dengar sekarang Minah Tudung pon dah pandai REMPIT…Wowww…klasss gitueee…hehehe…Haa…nak dijadikan citer, tadi petang masa I nak balik ke rumah. I tengah naik motor time tue…panas gilerr petang tadi..i pecut laa, rasa nak sampai rumah dengan secepatnya…Wah, bulan2 puasa pon tak sabar I nie kan..adeh!! hehe…Tup..tap..tup..tap….TIBA2 ada motor lebih laju dari I…Aikk, dalam hati nie…sapa pulak nak lumba dengan aku nie…tak boleh jadi nie! I kejar laa balik motor 2…Dah dekat dengan dia tue, I berkata-kata sendiri.. “Rempit mana plak nie, awat KEPIT jek nie?” …FUH!! giler laa…betapa TERKEJUTNYA MY HEART!! (terperanjaaatttt boboyyyyy ~ Ala2 mamat Sepah ~ hehehe) Nak tau?? Minah Tudung beb yang bawak motor tue…gilerrr laa, lajuuu woo dia bawak..siap ada gaya2 rempit bawak motor dowhh!! Fuhhh!! HEBAT WOO…SALUTE U…hehehe…Sekian! ~Peace No War~

Malam Nie Update Blog...Tungguuuuu...Ada Citer BESTTT!!


Salam n hye u all...sorry lama x update blog....ok..jgn risau..malam nie ada citer menarik yg i nak kongsi...jgn lupa TERJAH k!! hehehe....Ok chaw dulu...Sekian! ~Peace No War~

Tuesday, August 9, 2011

KUMPULAN 'Tanak Borneo' MENJUARAI PERTANDINGAN SAYEMBARA LAGU PUISI 2011 ZON SABAH




Salam n hye u all...bertemu kembali bersama saya...hehe...sory lama tak update blog nie...skrg baru ada kesempatan utk update blog sebab tengah cuti semester..ok, supaya tak lari tajuk, meh saya citer pasal kemenangan kumpulan 'Tanak Borneo' nie k..citernya bermula (chewah! ingat ini cerpen ka?! hahaha) ok..ok...seriusssss!! Pada 9 Julai yang lalu..Kumpulan 'Tanak Borneo' yang dianggotai oleh Terry, Daniel, Kojek, Kimi dan saya sendiri telah memenangi pertandingan Sayembara Lagu Puisi yang dianjurkan oleh RTM, Sabah. Terdapat beberapa pilihan puisi yang diberi dan kumpulan kami telah memilih puisi yang ke-4 kalau tidak silap saya. Nak dijadikan cerita, pada 9 julai tersebut, pada pagi 2 saya ingin berangkat pulang ke rumah daripada UMS kerana cuti semester telah bermula. Time kat Putatan, kojek call saya...then dia ckp, ada pertandingan di RTM hari 2 jugak! Tapi masalahnya, saya dah nak balik rumah (rindu rumah laaa katakan...dah lama tak balik rumah...huhu) Haa...nak tau?? hari nie jugak laa ada perhimpunan BERSIH...jammed giler jalan raya..dah laa panas time 2..migrain gilak!! Saya buat keputusan, saya pegi jugak. Dari Putatan, saya balik p UMS. Ngam kat Bulatan UMS 2 saya berhenti n call Terry tanya dorang kat mana..FUH!!! kecewa jugak laa bila tau dorang dah kat RTM...terpaksa laa saya pusing balik p KK nak p RTM! Panas time 2 tuhan jek laa yang tahu..huhu...Dah laa banyak jalan tutup, gara-gara perhimpunan BERSIH, tak tau bersih ker tak! hmmm...Pape pon..akhirnya saya sampai jugak laa kat RTM KK. Saya sempat lagi baring kejap..sbb pertandingan bermula jam 8 malam. Saya latihan kejap n hafal puisi 2..Haa, time 2 pengacara dia c Ampal (Abu Bakar Ela)...Best kalau dia mengacara..Lawak!! Berdebar gilak jugak laa kumpulan kami waktu 2...yelah nervous!!...Pape pon Alhamdulillah Syukur sebab kami telah menjuarai pertandingan tersebut...Ada hikmah jugak laa di sebalik apa yang berlaku dengan saya sebelum sampai di RTM...hehe...Kumpulan 'Tanak Borneo' akan mewakili Sabah ke Angkasapuri Kuala Lumpur untuk pertandingan Sayembara Lagu Puisi ini bagi peringkat Kebangsaan pulak!...Ok, kepada orang2 Sabah sekalian..Jangan lupa sokong Kumpulan 'Tanak Borneo' ar...Semoga kami akan memenangi pertandingan tersebut dan mengharumkan negeri Sabah...sekian! ~Peace No War~

Wednesday, July 6, 2011

Hari Menyiapkan Semua Tugasan Yang Hendak Dihantar...huhu

Salam n hye u all....adoiiii, hari2ku ini bakal sibuk utk menyiapkan semua tugasan yang nak dihantar pada jumaat nie! Adoiiii byk lg yg belum siap dowh! huhu...mcm mna laa nie?? Tapi takpe laa, i cuba, try n test siapkan dulu k..hehe...

"Ikutlah Kata Hatimu"

Monday, July 4, 2011

RESEPI : BIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-Bahan:

7 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 btg Serai
3 helai Daun Limau
(mesin kesemua sampai hancur)
Sedikit gula
Sedikit garam Ayam @ Daging
Udang @ Sotong
1 pek Perasa Tom Yam
1 bungkus Bihun
Sayur Kobis atau Sawi


Cara:

Tumiskan minyak sampai panas, masukkan bahan yang telah dikisar dan pes Tom Yam.Tumiskan sampai garing serta naik bau. Masukkan ayam @ daging. Masukkan sayur dan bihun, gaul sampai rata.Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Selamat Mencuba....


p/s : Nie bukan resepi saya, tapi saya kongsi melalui blog masakan ;)

RESEPI : ACAR TELUR

Bahan-Bahan:

15 biji telur ayam
10 biji cili kering
2 tin kecil tomato puri
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 sudu kicap
Sedikit kacang peas

Bahan untuk digiling:
½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah - dimayang
Sedikit halia
Sedikit cuka, gula dan garam


Cara:

Telur direbus sampai masak, setelah itu buang kulitnya dan goreng sebiji-sebiji hingga kuning angkat dan ketepikan. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang, setelah itu masukkan pula bahan yang telah digiling tadi bersama air, cuka, gula, garam dan tomato puri serta serbuk perasa. Bila telah mendidih masukkan telur, cili merah, kacang peas dan bawang besar. Setelah itu bolehlah diangkat.


p/s : Nie buka resepi saya, tapi saya kongsi dari blog masakan ;)

RESEPI : ASAM PEDAS AYAM

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling


Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.


p/s : Nie bukan resepi saya..tapi saya kongsi melalui blog masakan...TQ ;)

Hanya Dengan Sekali Lafaz, Rahayu Sah Milik Tomok!

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2011: Akhirnya hubungan percintaan yang terjalin selama lapan tahun di antara Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, dengan Rahayu atau Siti Rahayu Abas, 32, bertukar menjadi ikatan yang sah, setelah mereka selamat diijabkabulkan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi, kira-kira jam 9.30 malam.

Malah dengan hanya sekali lafaz Rahayu yang juga pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu sah bergelar isteri kepada bekas vokalis kumpulan New Boyz.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli serta berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12,697.11. Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran balas.

Apa yang pasti, dalam majlis nikah yang bertemakan Bidadari itu pasangan ini kelihatan cukup berseri apabila mengenakan busana berwarna krim yang sedondon rekaan daripada Hatta Dolmat.

Majlis yang diadakan dalam suasana cukup meriah itu telah menerima kehadiran lebih kurang 200 tetamu termasuk keluarga, dan rakan media yang turut sama-sama hadir menyaksikan hari bersejarah pasangan merpati dua sejoli.

Pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan mereka iaitu iaitu di sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi di sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).

[MTV] Nera AF9 - Hatimu Milikku

[MTV] Lena AF9 - Sisa Kisah Kita

Hey Soul Sister ( Hazama AF9 ) - Konsert AF9 Minggu ke 5

STUDY...STUDY...STUDY...ESOK EXAM!!

Salam n hye u all ;)...erm skrg dah jam 3.42 pagi...huhu...dah study..tp, mcm belum byk msk kat otak nie taw! huhu...alamak! risau dowh klo x dpt jwb soalan exam jam 2 ptg nie! adoiiiiii...plezzz laa, apa yg aku baca nie masuk laa dlm otak aku n apa yg aku ingat tue kuar dlm soalan exam n aku dapat jawab semua soalan...amin ;)....aduh! risau! risau! risau! risau!....byk lg yg aku xtaw nie! adehhh....amcm nie korang?! hohoho....jam brapa laa aku nak tdo nie taw..hmmm...pape pon moninkkkkk korangggg ;)...ok chaw dulu...sambung stdy...huhu

"Ikutlah Kata Hatimu"

Sunday, July 3, 2011

Esok EXAM!!! Tapi Takde Mood Mau Study...Huhu

Salam n Hye u All ;)...erm, esok i exam laa..tp xda mood plak mau study taw!! huhuhu...mcm mana laa nie?? korang ada cdgn tak?? huhu...kalau tak baca, mcm mana nak lulus kn...adooiiiii...plezzzz help me...:'(....hey korang, tolonggggggg....huhu...harap2 lepas nie ada laa mood mau study taw...n kpd korang semua, doakan i dpt jawab soalan exam utk esok 2 erk...amin...ok laa itu jek laa yg i nak kongsi malam nie...dadaaaaa (Peace No War)

"Ikutlah Kata Hatimu"

Tuesday, June 28, 2011

PHOTOSHOP MANIPULATION : 'Evil Of The Year'



Percubaan nak wat manipulation...sila beri komen yang membina..TQ ^_^

Sunday, June 26, 2011

TUKAR LAYOUT BARU ^_^

Salam n hye u all...hehe...aku baru jek tukar layout baru kelmarin...chewah! itu pon mau kongsi kan..hahaha...tapi mcm tak best plak layout nie tau! byk yg belum aku tau..hohok...pape pon aku explore jek laa dulu erk..hehe...ok itu jek aku nak kongsi...roger n out!! hahahah....ok dadaaaaa....(Peace No War)

Friday, June 24, 2011

SMART GILER DIER!! CAIRRRRRRR BEB!! HAHAHA

Aku buka fb tadi...aku tengok macam ada cahaya-cahaya jek nie..rupanya ada orang tukar profile picture baru laa!! SMART BEB!! aku sukaaaaaaaaaa.....Cairrr Dowh! hahaha...pape pon biar laa rahsia sapa orang yg aku maksudkan nie! hehe...pape pon....Kau sangatttt cumilllllll!!!! hehehe...Aku sengaja taip di sini sebab aku takut lupa bila tarikh muka kau bercahaya! haha

Hari nie Takde Pape yang Best Nak Kongsi...Huhu

Salam n hye u all...korang sihat tak? kalau tak sihat, p laa jumpa bidan ker ape ker...hehe, hari nie borink giler dowh...sempat plak aku update blog...selalunya aku taip kat word dulu, pas 2 kalau ada masa baru laa aku post kat blog...hehe...erm, hari nie tekde yang menarik yang aku nak kongsi...huhu..pape pon hari nie aku ada presentation...erm, pagi2 plak 2...adoiiii, dah laa aku ngantok beb! apa yang aku cakap pon aku tak tau laa...Yang tak leh blah, aku plak 1st bentang...adeiiii, malapetaka betol laa! hehe...macam2 laa aku kena komen tadi...berdesing jugak telinga beb kena komen ole lecturer! hahaha...pape pon kita amek jek laa yg baik 2 kan...yg jahat 2 kita buang jaoh2...kat pluto pon ok jugak! hahaha....Haa, bkn itu jek keja kitorang tadi, pas abis kelas, buat storyboard lagi untuk filem...adeiii, penat beb! makan pon xda! hoho...pas balik kat bilik dlm jam 4 ptg kot, baru laa beli nasi kat cafe...ramai orang plak tue..ohoiiii, perut aku dah laa berkroke! siap lagu rock lai...bukan calang-calang beb! usus di dalam pon menari2 dah! haha....Ops, lupa plak...tadi aku ada hantar surat ket pejabat atas tue...malas laa aku nak gtaw pejabat apa...nnt jd isu plak kn??...hehe, takde laa..nak citer kat korang nie...td masa aku kat pejabat 'atas' 2, punya laa men biadap pekerja kat sana! adeiii mau jek aku baling kertas 2 kat muka dia...haih!! sabar...sabar....dah tau jam 2.40, mesti laa masuk pejabat pas rehat kn...nie batang idong pekerja pon xda! bila dah sampai, kurang ajar plak style dia ckp...xda kesopanan langsong!! bole2 dia ckp mcm nie..'haa, ko nak ape??' kuang Ajorrrrrr betuiiiiii pnya ayat...mcm 2 ker nak layan tetamu?? haihhh sabar jek laa aku...lepas 2, dia b'cerita dgn kawan dia, ketawa terkekek-kekek mcm pontenak..padahal ramai lg tetamu yg lain! adeiii xda adab langsong laa org tue! emm..ermm...ermm..sedar2 laa beb! kau tue dah b'kerja, tunjukkan laa cara pekerja...hmmm...pape pon sampai sini jek laa aku coret2 erk...penat sdh tangan aku menaip nie taw! hehe..k laa dadaaaaaa...(Peace No War)

Update Blog Lagi : Macam-Macam!!

Salam n Hye u all….Haa, I datangggg lagiiiii…hehehehe…ceh! gedik pulak!!! hahaha….erm, nak citer apa nie erk…saja nak update blog nie jek…macam takde pape jek dengan blog nie kalau I juz kongsi karya2 I kan?? I pon dah jarang hasilkan karya nie sebab kitorang bz laa skrg…macam2 asggmnt kitorang kena buat…so, mana laa sempat nak buat karya kan…kalau nak buat karya nie bukan senang, kita nak cari ilham tue yang payah…selalunya ilham tue automatic jek datang sendiri…tapi tue pon kalau ada masa nak buat karya kaan….hmmm, sebenarnya I rindu dah nak buat karya nie, tapi nak buat mcm mana kan tak cukup masa…ruang masa agak terhad sekarang…hehe…pandai2 jek aku nie cipta ayat sendiri! haha…haaa, korang jangan heran laa yer kalau aku selalu guna ‘I’ ‘aku’ ‘saya’ utk membahasakan diri aku…biasalahhh… mcm tue laa…kalau nak citer gedik2 sikit yang buat orang menyampah…haaa ‘I’ tue laa yang best kita guna…alaa, biasa laa kan..nak sindir2 secara halus punyerrrr…boleh kan?? hehehe….ok laa…waa chaw duluuuuuu..(eh ada ‘wa’ pulak lagi..hehehe) yang nie style brutal sikit….boleh jugak laa kan?? hehe…eh, kalau tak boleh pon, aku peduli apeeee…blog aku maa…hahaha…takde laaa, gurau jek k..hehe (I nie baik tau, tak jahat punyerrrr…hehehe)…..ok laa last dah nie..dadaaaaa…(Peace No War)

Thursday, June 23, 2011

PERLUKAH UNTUK BERLAGAK HEBAT, TAPI HAPRAK!!

Salam n hye u all…ermm aku nak kongsi sesuatu nie, tapi aku mau korang yang baca nie harap-harap dpt pengajaran laa yerr…Haa, mcm nie laa… aku nak tanya korang, PERLU ker kita nak berlagak HEBAT??? Tapi HAKIKAT kita tak tau apa2 pon…Juz, org kata… ‘Hebat2 u tue pon, hebat kat mulut jer….senang cakap, mcm nie laa…pandai GORENG laa…bab2 kelentong nie..mmg u laa KETUA..Hebat mengalahkan MAWI punyer hebat time dulu2 laa…skrg Mawi ‘power’ takde dah…Haa, aku rasa mcm tue laa ‘hebat’ orang tue….HEBAT BUKAN?? ( HEBAT MENGELENTONG)….Syabassss!!! ….Apa yg aku nak kongsi nie bkn apa…aku bukan nak salahkan u laa, tapi agak2 laa erk…u nie pandai jek cakap orang tak tau pape, tapi sebenarnya u lagi laa tak tau satu pon…yang u tau i rasa, nie jek laa ‘KAKI KELENTONG’….Haa, u dah boleh dapat anugerah dah nie…rasanya kalau ada award pasal ‘style’ u nie…I rasa confirm u akan menang…tak gitu kawan2??..... Haa, macam nie jek laa erk…kalau laa u terbaca kan, harap2 u berubah laa erk…tak payah laa nak HIPOKRIT nie, tak ke mana jugak tue…u harus ingat, KEADILAN ada di mana2 tau…mungkin u selalu selamat, tapi pada suatu ketika u akan tumbang jugak…Kita ikut cara ‘RODA’ jek…Kadang2 u kat atas, Dah tau kat atas tue..jangan laa pulak nak berlagak hebat, u mesti ingat roda tue sentiasa berputar tau….u ingat roda tue stay jer ker kat 1 tempat..TAK..OK!...u pasti juga berputar kat bawah…So, nasihat I kat u laa kan, bila u rasa u dah kat atas, u tengok2 laa kat bawah sebab dulu u pon kat bawah tau…sama jer dgn org2 lain, tapi bila u dah naik sikit, u dah mula berlagak pulak erk…memang mcm tue ker perangai manusia?? bila dah senang, dia rasa dia laa paling hebat kat dunia nie kot…tapi bila dah susah, kuman pon dia nampak beb untuk mintak pertolongan… Wah! hebat jugak manusia kan…..sangat2 ‘berbakat’…Nasihatkanlah kawan2 kita kalau mereka mulai lalai dengan ‘keindahan’ dunia nie…Set kat minda korang, Hidup nie SEMENTARA jer tau…nnt kita ‘lapor diri’ jugak balik ke tempat asal kita…So, kita saling laa ingat-menginggati yer..tak lupa jugak kpd I sendiri, bila I lupa, u all ingat-ingatkan laa erk…share2 laa nasihat2 korang k..sharing is caring maaaa…hehehe…Ok laa, sampai sini jer laa celoteh I hari nie…lain hari I sambung lagi erk…Dadaaaa…..(Peace No War)

Thursday, June 16, 2011

Wah ! Lama Tak Update Blog.....

Hye....lama plak tak update nie blog tau...xda masa laa, bz beb! huhu....mau wat karya pon x sempat...adehhhh...so mcm laa nie?? apa laa mau citer nie?? xda apa2 kn...hoho....ermm, ada tension cket jugak laa...semua org cuti 4 bulan...tp kami ada sem pendek plak! huhu...tp xpa laa...adat belajar kan? kan? kan? :) Erm...tp yg wat giler skrg nie...BANYAK ASGMENT BEB!!!! adoiiiii....mau pecah jek x kepala nie...tiap hari ada keja...waduhhh!! gawat nie dong!! hehe....pape pon terima jek laa labu..:) Byk btl aku celoteh nnt...xda jugak org baca! hahaha...baa, chaw dulu yaa....dadaaaa...Peace No War..Yeahh!!!

'Ikutlah Kata Hatimu' ~ AchieyQ Yma @ Arioniki ~

Saturday, March 5, 2011

Diskusi : Haramkah SENI Dalam ISLAM??

Pada 4 march kemarin bersamaan hari jumaat, sembang kopi di sps telah dijalankan...ramai yang hadir...tapi agak mengecewakan apabila topik tersebut tidak terhurai dengan sebaiknya...pertanyaan daripada penonton juga agak kurang, tak tau laa sebab apa..padahal sebelum acara 2 berlangsung, banyak pula yang berkobar2 mau menanyakan soalan...tapi sudah tiba masanya, tiada pula yang mau menanyakan lebih lanjut...benda nie sebenarnya bukanlah untuk mencari siapa salah, siapa betul...pada aku laa kan, biar laa kita berdiskusi dengan cara berbincang sambil mengutarakan pendapat...lagi baik kan?? daripada kita mencari siapa betul, siapa salah?? sampai bila kita mau ke depan?? sampai bila kita mau di pijak?? sampai bila kita mau menurut?? sampai bila ini berlaku??? sampaiiii bilaaaa??? aku rasa kerjasama 2 memang amat perlu laa sekarang di dunia nie...lagipun dunia nie tua sudah, tak mampu lagi mau menanggung 'beban dunia'....aku menulis nie bukan apa, aku pun bukan sempurna sangat! aku lagi banyak khilaf daripada kamu semua agaknya...tapi,kita sebagai sesama manusia, mari laa kita mengingatkan antara satu sama lain...tidak salah kan?? ermm...sambung topik Haramkah SENI dalam ISLAM nie...yang aku dapat pada hari 2..ustaz 2 cakap..'SENI itu tidak haram dalam ISLAM sekiranya mengikut adab-adab islam, tetapi ia akan menjadi haram apabila hiburan tersebut berlebih-lebihan'....HUH!! aku pun bukan laa pakar agama, aku masih cetek ilmu agamanya...dengan langkah selamat, aku jugak tidak mengutarakan persoalan, padahal pelbagai persoalan yang timbul dalam otakku ketika itu yang memerlukan jawapan! tapi, tidak mengapalah... biar laa dulu persoalan itu bermain-main di minda..mana tahu, suatu hari nanti persoalan itu terjawab kan?? siapa tahu....hehehe...pape pon, sebenarnya banyak lagi yang tidak dapat aku tuliskan di sini, kalau korang mau tengok tue diskusi..ada juga kena rakam tu..pandai2 laa kamu cari ar....ok laa waa chaw dulu...peaceeeeeeeeeeeeee no war!! [Ikutlah Kata Hatimu] ~ AchieyQ Yma @ Arioniki ~

Wednesday, February 9, 2011

Ingatkah kau pada ‘LALANG’

Terhiris…Sakit,
Berdarah…Merah menyala,
Parut…Bertakhta selamanya,
Salah siapa?
Bukan salah aku..
Bukan salah dia..
Bukan salah mereka..
Jadi salah siapa?
Entah…
Heboh…
Kalau ayam tak berkokok,
Tak mungkin kita bangun,
Tapi kokoknya salah masa,
Jadi…salah siapa?
Mungkin dia..Mungkin tidak!
Ah! Persetankan saja semua!
Mahu dua..Mahu tiga..
Jadi satu untuk apa?
Cacing masih tetap di tanah,
Biar pun ikan terbang di udara!
Kesudahannya…
Hancur..Pecah..Rekah!
Ada yang peduli?
Tiada…
Melihat jalannya yang lurus ke depan,
Meninggalkan si cacat di belakang!
Terensot-ensot mencari penahan,
Akhirnya ketemu lalang menjadi peneman!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki
~Ikutlah Kata Hatimu~

Friday, January 21, 2011

pianist(5years old girl): Bach minuet

Violin Solo by Multi-Talented 4 Years Old Kid

Yanni - The Storm

"Pimpar Loss" by Markoolio.

"Pieces Of A Dream" by Anastacia

"Pieces Of A Dream" by Anastacia

Aint Nobody Lighting Design

Black - Sofea Jane with Lyric

Meet Uncle Hussain ft. Black Mentor-Drama King (Raja Drama)