Teratak Muda Friend

Monday, August 27, 2012

Orang Utan MEROKOK??

Orang Utan MEROKOK?? Macam tak percaya kan? Ehh, apa2 pun.. Assalammualaikum dan hai semua.. mesti korang terkejut kan sebab dah lama aku tak update blog.. haha, btw Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yaw ! belum terlambat lagi kan aku wish ~  Hee

Haa.. kalau korang tengok tajuk kat atas tu.. mesti korang heran kan? Macam mana pulak Orang Utan pandai merokok nie?? First aku baca pon, aku binggung jap ! hahaha.. lepas tu, aku tertarik buat entri berkenaan orang utan nie.. maka terjadilah entri ini ! Hehe

Okay, sebenarnya artikel nie aku baca dalam akhbar Metro Ahad kalau tak silap laa..akhbar nie dah lama rasanya..maybe dalam 
bulan julai kot.. terus aku amek gambar.. Dan korang lihatlah sendiri cerita berkenaan si Tori (Orang Utan) nie k.. tengok
gambar di bawah nie..



ASYIK.. Tori menghisap rokok

Kalau korang tak nampak sangat tulisan artikel tu.. Haa, jangan risau.. aku dah taip balik pun untuk kesenangan semua pembaca ! Hehe..


"JAKARTA : Pihak berkuasa Zoo Taru Jurug mengambil langkah
 menghantar seekor orang utan berusia 13 tahun ke sebuah pulau tanpa penghuni di tengah sebuah tasik bagi menjalani proses berhenti merokok.

Tori, satu daripada  empat orang utan di zoo di Solo, Jawa Tengah,
 didakwa ketagih merokok selepas menghisap punting rokok yang dicampakkan pengunjung ke dalam kandangnya.  
“Masalah yang dihadapi zoo di Indonesia ialah pengunjung nakal”. kata Pengarah Zoo taru Jurug, Lilik Kristianto.

Meskipun ada papan tanda melarang pemberian mmakanan atau
 rokok kepada haiwan, mereka masih berbuat demikian. Perbuatan mereka juga menyebabkan haiwan cedera.” Katanya.

Dalam kes Tori, orang utan itu akan meletakkan rokok di celah jari
 dan menghisapnya, seperti yang ia lihat pengunjung lakukan, kata Lilik.

Turut sama dihantar ke pulau terpencil itu bersama Tori ialah orang
 utan jantan, Didk.

Didk tidak merokok tetapi mempunyai tabiat memadamkan
puntung rokok dengan memijaknya – Agensi"


p/s : Okay, setakat ini jek laa untuk entri kali nie.. jumpa di entri yang akan datang yaw ! ~ Peace No War ~


Friday, March 30, 2012

Jomm Sokong kempen EARTH HOUR!!

Earth Hour?? Bila?? Haa..bagi yang belum tahu lagi..meh aku kongsi dengan korang, kpd yang dah tahu tue..kongsi laa dengan kawan2 yang lain yer.. Esok 31 March 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, pada jam 8.30 – 9.30 malam..Jomm kita sokong kempen  Earth Hour seluruh dunia! Yelah kan utk kebaikan semua jugak..Alaa, sejam jek kot..bukan lama pon..

Picture from Mr. Goggle image ;)

Kempen Earth Hour nie sebenarnya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat seluruh dunia mengenai pemanasan global yang semakin hari semakin meningkat. Yelah kan, kejap panas, kejap sejuk! So, ape lagi..malam esok jangan lupa tutup lampu ek 
(cara yg paling senang) ;)

Aku nie takdelah tahu sangat pasal Earth Hour nie, tapi nasib baik aku ‘sedar diri’ laa sebab menyedari kempen ini..hehehe, Haa..yang korang-koranggg kat sana tue..’sedar diri’ dah kerrr?? Hehe..So, kalau sape tak nak digelar ‘lupa diri’..sedarkanlah diri anda mengenai kempen Earth Hour nie okay! ;)

Okay, itu jek Entri utk kali nie, Jumpa di Nexxtt Entri yaw!! ~Peace No War!




KLCC Terbakar??!

Haa..mesti korang terkejut kan bila dengar KLCC terbakar! Sape tak terkejut kan, besar dowh klcc tue, kalaulah terbakar semua..Fuh! confirm ramai yg cedera derr! Berita nie aku dengar petang semalam, aku dgr dr secretary boss..dia ckp klcc terbakar! So, aku pon terkejut laa..Eh betul ker? Atau latihan kebakaran jek kot? Itulah dalam fikiran aku time 2..

Semua gambar2 nie daripada Pakcik Goggle yerr! hehe





Tapi bila dengar Berita di Radio Era pagi tadi, rupanya memang betul terbakar. Tapi takde laa satu KLCC 2 terbakar… Kebakaran 2 dipercayai berpunca daripada Restoran Chinoz. Berlaku satu letupan kecil yang disebabkan oleh kebocoran gas di ruangan dapur Chinoz. Namun begitu, tiada apa2 kecederaan berlaku dan api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Okay, itu jek laa Entri utk pagi nie, jumpa di nexxxxttt Entri yaw! ~Peace No War~

p/s : sentiasa berhati-hati walau di mana jua berada okay! ;)

Monday, March 26, 2012

VIDEO Awal Lamar Scha Di PROPAGANZA


Apa??! Awal lamar Scha secara langsung di PROPAGANZA?? Fuh!! Biar betikkk?? Haa, itulah yang terkeluar dari mulut peminat2 Awal mahupun peminat2 Scha. Tapi waa cakap sama luuu laa, Awal memang ROMANTIK..siap nangis lagi bila Scha jawab ‘YES’..perghhh!! korang memang sweeetttt laa beb! Hehehe..

Awal nangis bila Scha menerima lamarannya ;)

Awal juga melamar Scha pada tarikh anniversary percintaan mereka. Fuh, cayaa laa Awal dengan beraninya melamar Scha secara langsung di Astro Ria pada 25 March 2012 (ahad) kelmarin.

Awal telah melutut bersama cincin, Scha pulak terkejut dan menutup mulutnya (perghh mcm pemberita plak aku kan??!! Hahaha)

PROPAGANZA

Selain itu Awal juga telah memberi Scha bunga dan Patung beruang sebesar manusia yang diberi nama YUNO ;)

YUNO

Okay laa..sampai sini jek Entri utk hari nie..saksikan video di bawah nie...okay, jumpa di nexxttt Entri yaw! ~Peace No War~


p/s : kepada Awal dan Scha, semoga berbahagia hingga ke anak cucu ;)

Thursday, March 22, 2012

DUNIA CURANG

 
Aku ingin terbang,

Bagai kunang-kunang,

Hidup di jalan terang,

Tapi ku temu jurang,

Berat untuk memandang,

Laluku cari peluang,

Akhirnya jumpa kepalang,

Fikiranku menerawang,

Membelah ruang,

Saat masih gemilang,

Inginku berjuang,

Mencari bukan sembarang,

Meneliti bukan senang,

Kepayahanku menjadi terbilang,

Minda tak tenang,

Penyeksaan semakin bertandang,

Mungkinku akan kecundang,

Di hari yang mendatang,

Bersama bayang-bayang,

Kelam dan usang,

Menerobos pintu gerbang,

Dunia yang curang!!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki ~

Wednesday, March 21, 2012

Tak Reti Nak FLUSH Kerrrr??!!

Haa..nie yang aku angin satu badan nie.. Ape bongokss ker orang yang tak Flush tandas tue..Ahdoiii..dah korang senang2 buang taik, korang tak reti nak flush ker oiii?? Pengotor nak mamposss!!

Haa..kan cantek kalau tandas bersih

Kalau pandai buang tue, pandai laa bersihkan balik weiii..tak kan kau jek nak senang..kau masuk bersih, kau kuar kotor!! Ape ker jadahnye!! Grrr..

Kat rumah pon kau buat macam nie ek? Fuh! Kalau yaa..aku salute laa ngan kau nie ‘Ahli Pengotor Sedunia’ rupanya..no wonder laa! Hahaha

Kalau mangkuk tandas macam nie, ade ker orang nak pegi??

Pape pon, aku nak nasihatkanlah kepada orang2 yang selalu masuk tandas, tapi tak nak flush..padahal tempat flushhh adeee!! Kalau rosak, boleh dimaafkan..nie depan mata pon susah jugak!hmm pemalas bebenorrr!! Pesanan buat korang..lepas guna toilet tue..pleezzzzz laa, aku merayu kat korang.. TOLONGLAH FLUSH!! Tak susah pon..

Okay setakat tue jek Entriii waa..Chawww!! ~Peace No War~

p/s : perbuatan seseorang itu melambangkan keperibadiannya!

Result SPM Keluar Hari Ini

Result?? Aduiii mesti ramai yang berdebar kan bila dapat tahu hari nie bakal menemui sesuatu yang baru iaitu sama ada berjaya mahupun tidak dalam ‘peperangan minda’ melalu SPM yang lalu. Yelah kan, dah 5 tahun bersekolah menengah, mestilah nak rasa ‘ke’berbaloian’ (haa, cantek kan ayat aku..haha) masa dan usaha yang dicurahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik..tak gitue?? ;)

sekadar hiasan

Okay, aku juz nak ucap Good Luck kat korang semua yang amek result hari nie, semoga korang semua dapat result yang GempaQQQ bebbb!! Mesti guru2 n parent akan bangga dengan korang ;)

Pape pon, kepada yang tidak berjaya tue.. Jangan putus asa..maybe belum ada rezeki. Kuatkan semangat, jangan berfikiran sempit..nak buat hal yang tak berfaedah, nak bunuh diri laa..haishh tak payah laa buat macam tue..mungkin hari nie bukan hari anda, tapi esok lusa..sape tau kann?? Kann?? Setiap kejadian pasti ada hikmahnya ;)

Carilah kerja Part Time sebelum sambung study ;)

Haaa.. ada satu lagi aku nak nasihatkan sikit..jangan risau, sikit jek..tak banyakk punyerr! Hehe.. Kepada semua lepasan SPM nie, rajin-rajinkanlah diri untuk cari keja Part Time sebelum meneruskan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Yelah kan, bukan apa..bila keja Part Time nie, korang akan dapat pengalaman pertama kali bekerja, walaupun keja di kedai2 biasa jek…tapi itu tetap satu pengalaman yang berharga bagi korang sebelum merasa bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta yang menjamin masa depan anda kelak! ;)

Okay laa setakat ini jek laa Entri sy pada pagi nie..hehe, okay chawww!! ~peace No War~

p/s : Result SPM akan keluar pada jam 10 pagi (21 Mac 2012).

Tuesday, March 20, 2012

Tips Elak Kaki Berbau!!

Kaki Berbau?? Risau, Malu, Segan,.. Haa, macam-macam perasaan bila mengalami kaki berbau nie kan? Tapi kadang-kadang orang yang mengalaminya nie buat dekkk jek, Tapi masalahnya orang yang terhidu tue yang rasa nak pengsan derr!! ;)

Okay, aku cuba nak berkongsi dengan korang semua yer, macam mana nak hilangkan bau pada kaki anda??


Pertama : Kepada anda yang mempunyai masalah kaki berbau, jangan coba-coba untuk tidak memakai stoking ketika anda memakai kasut. Tak kesah laa kasut ape pon, yang pasti..korang kena guna stoking! Tapi pastikan stoking yang korang pakai tue mestilah stoking yang menyerap peluh okay! ;)


Kedua : Cuci kasut anda, paling minimum pon.. 2 kali seminggu, kalau nak cuci hari-hari pon boleh jugak. So, kena sediakan dua kasut laa.. (nie khusus kepada pelajar sekolah).. bila korang rasa kasut korang bau ashemmmm akan datang, so..sblm akan datang tue..eloklah anda mencuci kasut itu! So, anda tidak akan malu dengan kawan-kawan lagi ;)


Ketiga : Okay, bila dah tau kaki anda berbau, eloklah anda membasuh kaki anda dengan air garam..Rendam laa dalam 15 minit macam tue..selamat mencuba ;)

Keempat : Haa, korang jugak boleh beli spray untuk kasut anda untuk mengelakkan ia berbau! Alaa..senang jek, pegi supermarket..cari laa kat sana, macam2 brand ada..so, korang pilihlah brand ape yang korang suka! ;)

Kelima : Okay, bila kaki korang berpeluh..pasti akan mengeluarkan bau-bau yang kurenggg m’yenangkan..so, bila dah rasa kaki anda berbau..plezzzz laa korang jangan buka kasut korang sebelum sampai rumah! Takut nanti orang sekeliling anda pengsan bila terhidu ‘haruman ajaib’ anda itu.. ;)

Okay laa..setakat nie, itu jek laa dulu yang saya kongsikan kepada korang ek..sekiranya ada apa2 pertanyaan, komen jek ;) ~ Peace No War~

p/s : Bila tercium bau kaki..OMG pengsan!

Pelajar Perempuan Diculik Petang Semalam!

Diculik?? Haa.. itulah yang aku dengar pagi tadi kat berita Radio Era. Masa aku layan mengantuk aku tue, aku terdengar laa berita berkenaan seorang pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan telah diculik oleh seorang wanita dan dua orang lelaki ketika hendak pulang ke rumah selepas membeli Kad Tambah Nilai Prabayar berdekatan rumahnya di Taman Tas, petang semalam.

Siti Nurfatihah Mahadi (mangsa culik)

Siti Nurfatihah Mahadi (mangsa culik) dikatakan telah keluar untuk membeli Kad Tambah Nilai Prabayar bersama dua orang adiknya. Semasa perjalanan pulang ke rumah, sebuah kereta telah berhenti dan menarik tangan mangsa, walaupun adiknya telah berusaha untuk membantunya tetapi gagal. Kereta tersebut telah meluru laju meninggalkan kawasan tersebut.

Apa yang aku tertanya-tanya sekarang, siapakah yang menculik pelajar tersebut?? Adakah mereka orang tempatan atau pun orang luar (asing)?? Sekiranyalah mereka adalah orang tempatan, diorang nak buat apa budak tue?? Nak jual?? Nak jadikan pelacur?? Fuh!! Cantek muka korang ek, penat2 mak bapak dia besarkan dia..Luuu orang sedap2 jek nak culik budak tue..Apa kesss derrr!

Dan kalaulah penculik tue orang asing..perghhh!! aku dengan tidak segan silunya datang kat tempat PM, suruh PM buang semua orang asing dalam Negara nie. Nak buat kecoh kat Negara orang!! Porrahhhhh (Opssstt macam senang jek aku jumpa PM..hoho)

Okay cukup setakat ini jek laa Entri nie k..Waa chaww duluu!! Jumpa di nexxxttt enntriiii ;) ~Peace No War~

p/s : kepada sesiapa yang ternampak mangsa nie, silalah lapor kepada pihak polis yang berdekatan dengan anda. Masyarakat Prihatin, Negara Terjamin!

Monday, March 19, 2012

Tips Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

Halluuuu guy’s…Haa, sape2 yang ada kat pejabat sekarang tue yang tengah mengantok..Meh sini..baca tips-tips berguna nie supaya anda tidak merasa mengantok lagi.. Silakan baca yer., lakukan perkara ini untuk mengatasi ‘Ketermengantukan’ anda ;)

Wah, Bestnyerrr dapat tdo bawah meja! ;D

Oh nooo! aku mengantukk!! ;D

1.   1. Toleh kanan, toleh kiri, toleh depan dan toleh belakang.. seterusnya berdiri dan berjalan ke arah bilik pejabat Boss. Ketuk pintu dan masuk, bisik kat telinga Boss macam nie “ Boss, waa penat laa..rasa ngantok sangat, boleh tak waa tdo..tak lama, 8 jam jek…cukup laa utk waa rasa segar kembali”… Boss pasti akan senyum dan melepaskan satu PANGGGGGG!!! (Haa, bila dah kena PANGGG tue, confirm tak ngantok lagi.. Selamat Mencuba ;)

2.      2.   Toleh kanan, toleh kiri, toleh depan dan toleh belakang.. seterusnya berjalan ke arah teman sejawat anda dan ketuk kepala dia dan cakaplah macam nie…” Sorry, itu hanya permainan untuk hilangkan mengantuk, nak join??” …Kawan anda tak dapat berkata apa-apa lantas mengambil  kerusinya lalu menghentakkan ke kepala anda dan berkata “Okay, dah join dah..Terima Kasih kerana menjemput saya untuk bermain”.

3.      3.   Toleh Kanan, toleh kiri, toleh depan dan toleh belakang.. seterusnya lompatttt…lomppaat!! Lompattt!! Lompattt tinggi lagi..Bila ada orang lalu, terutama sekali bila Boss lalu..sepak kakinya, sepak kanan, sepak kiri, sepak depan dan sepak belakang! Lalu berkata “ Fuh, best tak lompat tinggi kat pejabat nie Boss? Tak nak join ker? Orang pendek lagi Boroi seperti Boss nie, ngam lakukan exercise spt nie supaya boleh tinggi sikit dan boroi tue turun sikit! ;D 

Cara-cara membersihkan Tandas ;D
      
4.       4.  Toleh Kanan, toleh kiri, toleh depan dan toleh belakang.. seterusnya pergi ke Tandas, kunci pintu tandas, buka paip air dan ambil sabun pencuci tangan. Tuang sabun pencuci tangan di keseluruhan lantai tandas, Ambil Mop, siram lantai dengan air dan mulakan pekerjaan baru anda sebagai ‘Cleaner’. Almaklumlah, clearner dah berhenti. ;D

Twitter & Facebook ;D

5.      5.  Toleh Kanan, toleh kiri, toleh depan dan toleh belakang.. seterusnya buka laptop anda dan mulakan dengan menaip Facebook, Twitter, YM, Blogger, youtube dan apa2 saja yang anda suka laa.. mainlah sepuas hati anda, tapi paling mujarab untuk hilangkan mengantuk anda ialah anda disarankan untuk Ber’Chat di facebook dan Ber’Tweet di Twitter bersama2 dgn Boss anda! Selamat Mencuba ;)

Sekian sahaja Entri saya..jangan lupa untuk aplikasikan tips-tips yang berguna ini sekiranya anda ingin melambaikan tangan anda daripada syarikat! ;D Okay laa, waachaw dulu.. Jumpa di nexxxttttt entri yaw!! ~Peace No War~

CUTI SEKOLAH BERAKHIR, JAMMED BERMULA!!


Halluuu guy’s.. nak citer berkenaan isu ‘jammed’ pulak hari nie..Haa, minggu lalu aku heran sebab tak pulak jammed seperti selalu2.. Jadi aku cakap laa kat member aku, ‘Weii, maybe kalau kita keluar lewat sikit macam hari nie, tak jammed plak kan? Esok kita kuar lewat sikit laa ar..”. Member aku jawab “ Memanglah tak jammed sebab cuti skola kan!” . Laaaa..cuti sekolah rupanya! Patut laaaa -__-


Hmmm, macam nie laa aku bagi korang CUTI SETAHUN laa okay, supaya tak jammed jalan raya! Hahaha…

Itu kisah minggu lalu, tapi yang aku nak citer nie kisah minggu nie. Hari isnin nie memanglah hari yang palinggggg aku malassss nak temui!!! Hahaha..

Keluar jam 6.30 pagi tadi, perghhhh!! Jammed lagi!! Budak sekolah dah mula ek?? Hmm dah aku bagi cuti setahun tak nak pulak! Hahaha…

Tapi seyesssss… Bila Sekolah Bermula, JAMMED PON BERMULA!!! Hurgghhh tensionnnn okay -_-

Okay Entri sampai di sini saja..jumpa di next Entri yaw!! ~Peace No War~

PROTEGE OGY ‘OVER’ DALAM MENTOR 6!!

Halluuu guy’s.. pekabar korang semua? Sihat tak? Haa..kalau sihat, alhamdulillah..Kalau sakit jumpalah doktor! Hehe.. Nak citer sikit nie berkenaan dengan MENTOR 6?? Haa.. Konsert pengenalan bagi Mentor 6 telah berlangsung pada 18 Mac 2012 (Ahad) di Tv3.


Peserta-peserta Mentor 6 pada kali ini ialah KJ (ADAM), ANAS (FAIZAL TAHIR), WANIE (FERHAD), CAROLINE (ELLA), ANA (RAMLAH RAM), dan ZATUL (OGY).

Protege dan Mentor

Nak dijadikan cerita, pada malam tue aku tak sabar nak tengok PENGENALAN MENTOR 6 (2012). Tak sabar nak tengok peserta-peserta yang bertanding. Pembukaan persembahan pada malam tue not bad laa bila Wanie iaitu protege kepada Ferhad telah mendendangkan lagu Lagenda. Senang cite ‘Tak Power! Tak Hancur!’.

Pesembahan daripada KJ iaitu protege Adam, mendendangkan lagu Izinku Pergi dan telah menamatkan persembahan dengan kelainan tersendiri iaitu menari di penghujung persembahan.

Persembahan Anas (Faizal Tahir) juga mempunyai kelainan tersendiri dalam menyampaikan lagu ilusi yang dipopularkan oleh Adira.

Caroline iaitu protege Ella tidak sperti yang diterangkan melalui dirinya dalam VT yang disiarkan sebelum dia membuat persembahan. Dia nampak selesa di atas pentas, sedangkan apa yang diceritakan olehnya bahawa beliau seorang yang pemalu. Tapi apa-apa pon, tahniah!

Ana Syuhada (Ramlah Ram) telah membuat persembahan yang nampak biasa-biasa sahaja.

Zatul (protege Kak Ogy)

Zatul iaitu protege Kak Ogy.. Haa, nampak tak tajuk kat atas tue?? Nie laa yang aku maksudkan. Zatul membuka persembahannya terlalu ‘Over’. Nampak gedik sangat! Dia menyanyi sambil menari. Kalaulah suara dia kita dengar bila dia menari..Okay laa..tapi, aku dengar sound lebih kuat daripada suara dia.. Tak pasti laa masalah sound atau memang suara dia takde STAMINA! Pesanan kepada Zatul, sekiranya tidak mampu untuk menyanyi sambil menari..lupakan jek laa sebab itu mencacatkan persembahan awakkkk okay. Tapi apa-apa pon, maybe masih terlalu awal untuk mengkritik (kritikan membina okay! ;), yelah kan baru konsert pengenalan katakan…

Okay laa..setakat nie jek laa Entri saya..Jumpa di nexxttt Entri yaw!! ~Peace No War~

p/s : Antara artis yang mampu menyanyi sambil menari ialah Stacy!!

EBI AF 'SUJUD' DALAM MANIA??

Halluuu guy’s.. Nampak tak Tajuk kat atas tue?? Haa..PANASSSSSS kan?? Hehe.. Bukan apa, hati aku tergerak nak buat Entri berkenaan hal nie sebab aku nampak kat Facebook, Twitter dan macam2 laman sosial laa yang mengutuk Ebi AF nie disebabkan oleh persembahannya dalam MANIA baru2 nie..

Ebi AF

Nak dijadikan cerita, Ebi merupakan peserta HOT SEAT MANIA yang telah mendapat undian yang tertinggi daripada 20 peserta yang dicalonkan.

Pada persembahan pertama pada 17 Mac 2012 (Sabtu), Stacy telah membuka tirai persembahan dengan lagu The Edge Of Glory (Lady Gaga), seterusnya Atilia (Gelombang), Estranged (Rozana), Akim (Demi Cinta) dan kemuncak konsert pula ialah EBI AF (HOT SEAT) telah menyanyikan lagu We Will Rock You (Queen).

Dari kiri Aubrey Suwito, Ahmad Dhani dan Dato' M. Nassir

Persembahan yang dilakukan oleh Ebi pada malam tue agak ‘Overrrrrr’ bagi pandangan sesetengah orang. Lebih-lebih lagi kepada ‘Haters’ pemuda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini. Manakala bagi penyokong-penyokongnya pula, mereka tetap membela Ebi apabila ramai yang mengutuk Ebi di laman-laman sosial selepas Ebi menghabiskan persembahannya. Melalui kenyataan peminat Ebi, Ebi sebenarnya Demam pada malam itu.

Lebih PANAS lagi apabila ‘Haters’ Ebi telah memperbesar-besarkan lagi isu ‘SUJUD’ Ebi kepada M. Nasir selepas mengetahui beliau bernaung di bawah Empayar Dato’ tersebut.

Selain itu juga, ‘Haters’ Ebi telah membanding-bandingkan Ebi AF dan juga Idayu AF. Mereka berpendapat bahawa Idayu lebih layak memasuki MANIA berbanding Ebi. Siap tercetus ‘Perang Komen’ lagi dalam Facebook MANIA itu sendiri. Apa yang aku hairan ialah, Ebi dan Idayu takde pulak bergaduh pasal hal nie..Peminat kedua-dua artis nie pulak yang ‘Meroyan’..Opsssstt!! ;)

Okay laa, sampai di sini jek laa Entri nie..jumpa di nexxttt…nexxttt..nexttt Entri yawww!! ~ Peace No War ~

p/s : Kalau aku tgk laa kan, dari sudut positif – Ebi nampaknya bersungguh-sungguh dan menghargai peluang kedua yg diberi kepadanya dan dia tidak hipokrit! Dari sudut negative – Ebi Nampak sedikit ‘Over’ bila melakukan persembahan sebegitu kerana kemungkinan peminat Malaysia terkejut dengan kemunculannya pada kali ini disebabkan beliau telah lama tidak keluar TV! – Peace!

Tuesday, March 6, 2012

BLACKBERRY vs SAMSUNG ??

Halluuu guys.. dah baca tajuk kat atas tue?? Haa..sebenarnya aku nak tanya pendapat korang berkenaan telefon jenis Blackberry dan jugak Samsung nie...Tak kesah laa blacberry n samsung jenis pape jek..yang penting korang bagi pendapat tentang kebaikan salah satunya yerr ;)



Boleh tak kongsi serba sedikit kelebihan n kelemahan kedua2 model nie?? Share laa cket ngan waa.. Sharing is Caring maa! hehe..

Jangan segan Jangan Silu ~ Plezzz bagi info tanpa malu-malu okay! hehe..

Henfon aku rosak! So, tengah bengonggg nak beli fon baru..tapi tak sure nak beli model mana..So, dengan ada blogger nie..aku harap korang dapat laa bantu aku okay! ;)

Yesssss... PTPTipu Dah Masukkkk!!!

PTPTipu?? Apa nie?? Haa..nie laa maknanya duit PTPTN @ lebih dikenali dengan nama PTPTipu oleh golongan-golongan pelajar yang menjadi peminjamnya!! Hehehe…

Nak citer pasal PTPTipu nie..kelmarin kawan aku text aku, dia ckp PT (singkatan yg biasa digunakan) dah masuk!! Yahoooo… Aku nie apa lagi, dah Nampak mesej mcm tue..Aku terus laa buka Cimb Click, nak tengok jugak..Fakta ker Auta!! Hehe…

Haa.. Duit ape pulak nie?? Salah negara aku nie tau!! hehe

Fulamak!! Alahaiiiii betul laa derrr..PTPTipu dah masuk..So, aku pond ah Masyuukkkkkk!! Mak aiiii panjangnyerrr!! Hehe… Nak buat mcm mana kan, oberdossss happy laa katakannn!! :D

Okay, pesanan aku kpd kawan-kawanku..Jadilah Pengguna yang Bijak!! (eh silap nasihat pulak! :D) weiii guna laa duit PTPTipu tue dengan sebaiknya okay..jangan nak beli benda2 yang tak berfaedah! Sayangi diri anda! Chewaahhh..pesanan IKHLAS dari penaja!! Kuang..Kuang..Kuang 

Pape pon aku berterima kasih laa jugak kepada PTPTipu nie coz dah bagi masuk duit ‘pinjam’ aku tue! Al-maklumlah sekarang nie dah memang POKAI abesss nie..hehehe

Ipad 3 ~ Toinkkkkk ;p

Okay, itu jek laa isi entry aku di pagi yang mulia ini..Chewaaahhh!! ;p Gambar di atas semua aku amek dari goggle image tau!! bukan gambar aku.. ;)
Okay laa..Chawww Chinn Chiiii… Dadaaaaaaa, jumpa di next..nexxxtt..nexxttttt Entry okay! 
~Peace No War~

Monday, March 5, 2012

Nasib ‘Budak Praktikal’ ??

Hidup sebagai seorang budak praktikal ini kadangkala menyeronokkan, kadang-kadang sangat membosankan. Betul tak?? Terpulang kepada individu yang merasainya sendiri ;)


Apa yang berlaku pada aku ketika ini adalah kebosanan yang terlalu berat melanda dalam jiwaku. (Fuh..ayatttt!! HAHAHA) Adakah aku sahaja yang merasa demikian? (Skema dowh!! :D ) Oh tidak! Aku terlalu bosan berada di ruang pejabat yang kelihatan sibuk, tetapi kesibukan itu tidak pada aku. Kesibukan itu berlaku hanya pada pekerja tetap di syarikat ini. Apakah kemungkinan yang dapat aku tafsirkan pada kali ini?? Jeng..Jeng..Jeng…


Mungkin juga sebelum ini aku terlalu sibuk sehinggakan masa rehatku agak kurang dan kadangkala tidak ada walau seminit pun. Tetapi amat berbeza pada ketika ini, ruang masa rehat aku berlipat ganda berbanding sebelum aku memulakan latihan industri ini. Sebelum ini aku terlalu sibuk dengan pembelajaranku di salah sebuah institut awam di Malaysia.


Memandangkan aku adalah salah seorang pelajar daripada jurusan Seni yang sememangnya pada dasarnya apa yang dapat kita lihat pada kehidupan anak seni ini menghadapi kesibukan yang sangat ketara kerana perlu membahagikan masa untuk menghadiri kuliah, latihan praktikal, kajian lapangan dan juga aktiviti-aktiviti kelab mahupun universiti yang perlu diikuti.

Walaupun sesibuk mana kami pada ketika itu, kami tetap enjoy menjalani kehidupan kami sebagai student. Kami tidak pernah merengek apabila terpaksa bersengkang mata sehingga ke pagi kerana perlu menyiapkan assignment dan juga latihan-latihan bagi jemputan persembahan mahupun pertandingan. Kami sentiasa bersatu hati dalam bekerjasama untuk menjayakan program yang kami rancangkan. Walaupun seringkali berlaku bercanggahan pendapat di antara kami, tetapi akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.


Persaudaraan yang terjalin di antara kami tidak akan putus sekiranya salah satu tidak memutuskannya. Itu janji saya!!

Berbalik pada kisah praktikal ini, apa yang dapat saya lihat, pihak syarikat atau pun pekerja-pekerja tetap di sini tidak memberi kepercayaan kepada ‘budak praktikal’ untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya diajarkan kepada ‘budak praktikal’.



Biasanya, budak-budak praktikal mahukan sesuatu kerja yang akan memberi pengalaman kepadanya dan mampu diaplikasikan ke dalam bidang pekerjaannya kelak. Bukannya hanya sebagai tukang fotocopy mahupun pembancuh kopi semata-mata. Apalah gunanya ‘budak praktikal’ itu belajar selama bertahun-tahun menuntut ilmu yang dipelajarinya di peringkat universiti, dan akhirnya hanya melakukan kerja-kerja remeh sebegitu selama tiga bulan mahupun enam bulan menjalani latihan industri.

Aku bukanlah mengatakan bahawa budak praktikal tidak perlu membuat kerja-kerja remeh seperti itu, tetapi fahamilah perasaan pelajar-pelajar yang mahukan pengalaman yang baru dan sebelum ini tidak pernah mereka pelajari semasa belajar di university. Pengalaman yang terkumpul itulah yang akan menjadikan seorang ‘budak praktikal’ itul mampu membanggakan keluarga, guru-guru, masyarakat dan terutama sekali Negara kerana pada masa kini, Negara memerlukan pelapis yang boleh memimpin Negara di masa akan datang ke arah kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.



Nampaknya, entry aku kali ini Nampak lebih serius berbanding biasa. Al-maklumlah, jiwa remaja nie tak boleh ‘ditebas’ sesuka hati. Kadangkala memerlukan ‘Sifu’ sebagai panduan menjalani kehidupan yang hanya sementara ini. Semua gambar-gambar nie aku download dr goggle image. Aku pinjam gambar korang yer! hehe.. Pape pon, aku chaw dulu laa okay..Lain Hari, Lain Entry yer! Okay Chaw Chinn Chiiii.. ~Peace No War~

Friday, March 2, 2012

Apa Sebab Wanita Seluruh Dunia Meminati Pasukan MANCHESTER UNITED (MU) ??

Salam n halluuuu guys!! Salam 1 Malaysia..(chewah semangat aku dowh..HAHA…weiii kita mesti bangga jadi rakyat Malaysia weiii!! Hehe) Okay..entry aku pada kali nie pasal Bola pulak! Haa..sekarang nie, sape yang tak minat bola?? Cuba bagi tau aku..TAKDE!! sekarang dunia dah ‘DEMAM BOLA’ bebbb!!.. Termasuk dengan aku sekali..hehe..


Okay, entry aku hari nie ada TOPIK HANGAT tau!! Berkenaan dengan Wanita-Wanita di luar sana, jangan tak percaya… Sekarang dah ramai wanita yang suka tengok bola. Kalau dulu, lelaki jek yang layan bola nie. Bukan tak ada perempuan yang minat bola dulu, tapi jumlahnya boleh dikira. Bermakna tak banyak laa yang macam sekarang kan?! Hehe..


Haa.. dengar citer, Wanita-wanita di luar sana tue lebih meminati pasukan Manchester United. Hah!! Eh, Betul ker? Sebab Ape? Kenapa Pulak? Haa..macam2 persoalan berada di Minda kan? (Dah macam lagu Najwa Pulak…HAHA) Okay…korang nak tau ker sebab-sebab wanita sangat meminati pasukan MANCHESTER UNITED atau lebih senang dengan singkatannya iaitu pasukan ‘MU’… Haa…Meh saya bongkar RAHSIA peminat pasukan MU nie (Glory..Glory…Man United)….


Antara Sebab-Sebab Wanita Sangat Meminati Pasukan Manchester United ialah : sebabbbbb…..

1. Pemain-pemain pasukan tersebut kebanyakan Handsome-Handsome belaka! (Amacam, betul ker tak? Jangan tak ngaku pulak, meh aku bagi tengok cket gambar2 ahli-ahli pasukannya yg Handsome tue ;p

2. Selain tue, wanita minat bola nie kekadang disebabkan faktor persekitaran. Yelah kan, dah adik beradik semua lelaki, dia sorang jek perempuan. Bila abang, adik, ayah dah minat dengan bola. Hari-hari tengok bola…nah, tak mustahil dia pon nak tak nak jadilah peminat bola jugak! ;)


3. Oleh kerana ramai wanita-wanita yang suka tengok bola sekarang, so wanita-wanita yang lain pun nak ikut jugak, yelah tak nak kalah if ada citer2 pasal bola, dorang pun boleh share jugak! So, tak laa ketinggalan org kate! ;)

4. Memandangkan Pasukan MU nie sememangnya menjadi kegemaran peminat bola di seluruh dunia, so dia pon minat laa jugak..Yelah, pemesss!! Dah ramai org laung Glory..Glory…so, dia pon nak laung sekali.. hehe (Walaupun tak reti sangat tentang bola, ah hentam jek laa, yang penting aku bahagia ~ Salah satu petikan kata-kata peminat MU) ;)

5. Seterusnya, disebabkan memang sangat-sangat minat dengan dunia bola sepak dan pandai bermain bola sepak! Semua info berkenaan bola sepak dia tau..Tahniah diucapkan! hehe ;)


Okay laa..rasanya setakat itu jek laa dulu sebab-sebab yang dapat saya kongsikan! Chewahhh..hehe, nak chawww dah nie… Jumpa saya dengan entry baru nexttt..nexxttt..nexxtttt.. ENTRY!! Dadaaaaa guys!! ~Peace No War~

Wednesday, February 22, 2012

Follow My Twitter | AchieyQ_Yma ~

Halluuu guy's...sape yang ada twitter?? jommm laa follow i..awww!! (Tak malu..nak mintak followw bagaiii!! HAHA...ada ku kesahh?? blogg aku..bukan blog kauuu!! opszzz!! takde laa..juz kidding okay, jgn amek hati taw, ambek jantung jek..hehe


TWITTER..TWITTERRR...TWITTTEEERRRRRRR..oh tweetttt..tweetttt, Dulu aku layan FACEBOOK!! Sekarang aku layan TWITTER pulak, bole? ;p


Nak cakap aku dah berhenti main FB, tak jugak.. Aku online FB jugak kekadang...tapi tak kerap sangat laa sebab FB dah tak best lorrr..betul tak?? ;p


Okay2..kesimpulannya..jomm follow sy k ---> AchieyQ_Yma
i kini berada di 'Laman Burung Biru' Okay!! bukan di 'MukaBuku' ;p hehe
Okay..chawww chinn chiii...dadaaa.... see u next entry yaw!! ~Peace No War~

Monday, February 20, 2012

Aku Orang Seni ‘BEBAS MERONDA MINDA’

Memulakan hidup sebagai orang seni merupakan sesuatu yang memang menjadi pilihanku. Hal ini adalah kerana bagiku orang seni adalah orang yang ‘Bebas’. “Bebas Meronda Minda’. Bebas pada pandangan diriku ini bukanlah tidak mempunyai sebarang peraturan. Peraturan itu adalah satu disiplin yang patut dipatuhi oleh manusia seperti aku. Walaupun pada hakikatnya, aku sememangnya tidak suka akan peraturan, tetapi ini tidak bermakna aku sering melanggar peraturan.


Aku juga mempunyai disiplinku sendiri. Disiplin yang aku reka sendiri dalam diri aku sememangnya aku patuhi semuanya tanpa merasa janggal kerana semua disiplin yang direka itu adalah untuk aku berjuang menjadi seorang yang berjaya di kemudian hari. ‘Rekaan’ disiplin yang kita lalui ini biasanya mengajar kita untuk lebih tabah untuk mengharungi sebuah kehidupan dan perlu berdikari di atas kaki sendiri. Kadang-kadang aku pernah terfikir sekiranya hidup ini ‘berjalan’ tanpa peraturan. Semuanya pasti akan menjadi tidak kena dan mungkin kehidupan manusia akan menjadi porak poranda disebabkan oleh ketidaksefahaman di antara satu sama lain.


Sungguh dahsyat bila dibayangkan keadaan akan berlaku seperti itu, tetapi apa yang dapat aku lihat kini sepertinya dunia dan masyarakat kini lebih kepada kehidupan yang tidak ada peraturan kerana bermacam-macam kejadian yang berlaku di dunia, sepertinya dunia kini tiada undang-undangnya lagi. Itu adalah pendapat peribadi aku, tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.


Apa yang aku lihat, renung, akan aku amatinya dalam-dalam dan akanku fikirkan dengan panjang, perjalanan kehidupan seorang yang bergelar insan. Biasanya, sebelum aku melakukan sesuatu keputusan, aku akan bayangkan dahulu punca-punca dan akibat yang bakal berlaku kelak. Aku juga akan menbayangkan bagaimana cara untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul walaupun masalah tersebut belum berlaku.


Ringkasnya, aku sememangnya mempunyai bayangan yang terlalu ke depan sehingga mencuba untuk mencipta masalah dalam kotak fikiran dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum masalah itu benar-benar wujud. Kadang-kadang rakan-rakan aku juga hairan dengan aku bila aku terlalu risau dengan sesuatu masalah yang aku fikirkan dalam kotak fikirannku yang belum tentu perkara tersebut akan timbul. Sebagaimana rakan-rakanku hairan dengan diriku, aku juga tidak terlepas dengan kehairanan itu kerana aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu membayangkan sesuatu perkara yang belum pasti berlaku, tetapi aku sudah mempunyai cara untuk menyelesaikan perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku. Adakah ini satu penyakit? Aku sendiri tidak mengerti ;)


** Maafkan saya, entry saya pada kali ini agak formal sedikit, sikit jek tau, tak banyak! Hehe.. pape pon hope u all happy baca entry nie k..okay, chawww!! Di lain hari, saya akan sajikan anda dengan entry yang berbeza daripada sebelumnya okay! See u nexttt entry yoooo ;p ~Peace No War~

Sunday, February 19, 2012

Aku Suka Pengalaman Baru

Salam n hye u all ;) selamat menjamu entry terbaru aku k! hehe.. harap2 jamuan kali nie menarik yaa...ahdoiii..hahaha, okay2..bak kata aku selalu, lebih baik straight to the point okay! ;)


Okay mengenai tajuk entry kat atas tue..haa, macam nie laa citernya..aku sekarang tengah praktikal selama enam bulan kat area Seri Kembangan..alaaa kat Mines tue..korang tau tak? haa..pada yang tau tue...alhamdulillah..kalau tak tau tue..cari laa kat goggle maps! confirm jumpa tue! hehek...



Gambar Hiasan Sahaja!!


Haa..bercerita tentang kisah praktikal aku nie..mula2 masuk keja, sudah dapat tugas... nak tau apa tugasnya?? haa..baca skrip filem baru yang bakal-bakal dipilih untuk pengambaran!! ada 7 skrip aku kena baca waktu tue... lepas tue kena suruh buat script evaluations plak..ahdoiii...mula2 tue mata nak rabakkkk dowh baca skrip bebanyak! ohoiii..almaklumlah aku nie bukan orang yang kuat membaca..huhuk! (sape yang baca nie, jgn tiru gaya sy tau! hehe.. sokonglah slogan nie --> MEMBACA AMALAN MULIA ;)


Pada mulanya praktikal di tempat baru nie, semuanya macam tak kena jek..yelah kan budak baru laa katakan..banyaklah masalah yang tiba..mula2 sesat (rasa nak tergelak pulak bile teringat balik..HAHA) lepas tue pasal parking keta pulak..haa, siap kena warning lagi keta kami sebab tak boleh parking sesuka hati kat sana..ahdooiii nasib baik tak kena rantai tayar..just WARNING jek!! HAHA...okay, pape pon itu pengalaman yang sangat melucukan buat aku dan member aku.. hehe, lepas tue..bila masuk pejabat pulak...aku jumpa laa dengan orang ofis yang urus kami..perghhhhhh!! KEREKKKK dowwhhhhh merekaaa-merekaaaa dan merekaaa ini...fuhh!! mula2 tue rasa tangan aku nie nak naik jek kat muka DONAT-DONAT itu..nasib laa baik KESABARAN aku masih suci..(Whoaaa ayattt powerrr dowhh!! HAHA)


Aku rasa MASA, WAKTU, TIME atau ape jek laa yang berkenaan dengan JAM YANG MULAI MERANGKAK SETIAP SAAT...fuhhh!! singkat rupanya HIDUP kita kini.. mampukah untuk aku hidup berdikari?? sedangkan sebelum ini semua family aku tanggung! tapi bila aku duduk berjauhan dengan family nie, baru laa aku rasa hidup ini bukanlah mudah seperti merasai jiwa REMAJA kita dulu2..alaaa, yang asyik nak ENJOYYYY jek tue! haa..mulai sekarang baru aku kenal ERTI HIDUP yang kadangkala memerlukan KETABAHAN yang kuat dan haruslah sentiasa REDHA dengan apa yang telah kita lakukan..pastikan IKHLAS itu sentiasa bersama kita..mudah-mudahan Tuhan akan memberkati KEHIDUPAN HAMBANYA YANG LEMAH INI :'(


PENGALAMAN..PENGALAMAN...PENGALAMANNN...fuhhh!! dalam hidup aku nie, aku memang sangat sukakan PENGALAMAN! aku suka benda yang baru..aku suka MENJELAJAH MINDA BARU..di situ laa aku dapat membaca MINDA-MINDA orang sekelilingku..sesungguhnya aku bukanlah dukun, bomoh atau yang sewaktu dengannya..aku hanyalah insan lemah yang suka MEMERHATI gelagat manusia milik ALLAH ini..seterusnya aku MENGOREK PENGAJARAN di sebalik pemerhatianku..

okay..aku rasa dah terlalu jauh aku berceloteh daripada tajuk di atas..ahdoiii, ade ku KESAH?? ini entry aku..bukan entry kau!! HAHAHA..opsszzz juz kiddingg bebehhh ;) hmmm apa kata aku tamatkanlah citer aku nie..hilang idea dah dowwhhh..huhukkk...banyak benda menganggu, so..layannn jek laa k! hurghhh

Aku bukanlah siapa-siapa.. aku cuma PENCINTA SENI yang tidak KAYA harta benda, cuma KAYA ramah mesra..sekiannn entry terbaru aku yang sangat membosankan kot! ;) ~Peace No War~
There was an error in this gadget