Teratak Muda Friend

Wednesday, February 22, 2012

Follow My Twitter | AchieyQ_Yma ~

Halluuu guy's...sape yang ada twitter?? jommm laa follow i..awww!! (Tak malu..nak mintak followw bagaiii!! HAHA...ada ku kesahh?? blogg aku..bukan blog kauuu!! opszzz!! takde laa..juz kidding okay, jgn amek hati taw, ambek jantung jek..hehe


TWITTER..TWITTERRR...TWITTTEEERRRRRRR..oh tweetttt..tweetttt, Dulu aku layan FACEBOOK!! Sekarang aku layan TWITTER pulak, bole? ;p


Nak cakap aku dah berhenti main FB, tak jugak.. Aku online FB jugak kekadang...tapi tak kerap sangat laa sebab FB dah tak best lorrr..betul tak?? ;p


Okay2..kesimpulannya..jomm follow sy k ---> AchieyQ_Yma
i kini berada di 'Laman Burung Biru' Okay!! bukan di 'MukaBuku' ;p hehe
Okay..chawww chinn chiii...dadaaa.... see u next entry yaw!! ~Peace No War~

Monday, February 20, 2012

Aku Orang Seni ‘BEBAS MERONDA MINDA’

Memulakan hidup sebagai orang seni merupakan sesuatu yang memang menjadi pilihanku. Hal ini adalah kerana bagiku orang seni adalah orang yang ‘Bebas’. “Bebas Meronda Minda’. Bebas pada pandangan diriku ini bukanlah tidak mempunyai sebarang peraturan. Peraturan itu adalah satu disiplin yang patut dipatuhi oleh manusia seperti aku. Walaupun pada hakikatnya, aku sememangnya tidak suka akan peraturan, tetapi ini tidak bermakna aku sering melanggar peraturan.


Aku juga mempunyai disiplinku sendiri. Disiplin yang aku reka sendiri dalam diri aku sememangnya aku patuhi semuanya tanpa merasa janggal kerana semua disiplin yang direka itu adalah untuk aku berjuang menjadi seorang yang berjaya di kemudian hari. ‘Rekaan’ disiplin yang kita lalui ini biasanya mengajar kita untuk lebih tabah untuk mengharungi sebuah kehidupan dan perlu berdikari di atas kaki sendiri. Kadang-kadang aku pernah terfikir sekiranya hidup ini ‘berjalan’ tanpa peraturan. Semuanya pasti akan menjadi tidak kena dan mungkin kehidupan manusia akan menjadi porak poranda disebabkan oleh ketidaksefahaman di antara satu sama lain.


Sungguh dahsyat bila dibayangkan keadaan akan berlaku seperti itu, tetapi apa yang dapat aku lihat kini sepertinya dunia dan masyarakat kini lebih kepada kehidupan yang tidak ada peraturan kerana bermacam-macam kejadian yang berlaku di dunia, sepertinya dunia kini tiada undang-undangnya lagi. Itu adalah pendapat peribadi aku, tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.


Apa yang aku lihat, renung, akan aku amatinya dalam-dalam dan akanku fikirkan dengan panjang, perjalanan kehidupan seorang yang bergelar insan. Biasanya, sebelum aku melakukan sesuatu keputusan, aku akan bayangkan dahulu punca-punca dan akibat yang bakal berlaku kelak. Aku juga akan menbayangkan bagaimana cara untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul walaupun masalah tersebut belum berlaku.


Ringkasnya, aku sememangnya mempunyai bayangan yang terlalu ke depan sehingga mencuba untuk mencipta masalah dalam kotak fikiran dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum masalah itu benar-benar wujud. Kadang-kadang rakan-rakan aku juga hairan dengan aku bila aku terlalu risau dengan sesuatu masalah yang aku fikirkan dalam kotak fikirannku yang belum tentu perkara tersebut akan timbul. Sebagaimana rakan-rakanku hairan dengan diriku, aku juga tidak terlepas dengan kehairanan itu kerana aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu membayangkan sesuatu perkara yang belum pasti berlaku, tetapi aku sudah mempunyai cara untuk menyelesaikan perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku. Adakah ini satu penyakit? Aku sendiri tidak mengerti ;)


** Maafkan saya, entry saya pada kali ini agak formal sedikit, sikit jek tau, tak banyak! Hehe.. pape pon hope u all happy baca entry nie k..okay, chawww!! Di lain hari, saya akan sajikan anda dengan entry yang berbeza daripada sebelumnya okay! See u nexttt entry yoooo ;p ~Peace No War~

Sunday, February 19, 2012

Aku Suka Pengalaman Baru

Salam n hye u all ;) selamat menjamu entry terbaru aku k! hehe.. harap2 jamuan kali nie menarik yaa...ahdoiii..hahaha, okay2..bak kata aku selalu, lebih baik straight to the point okay! ;)


Okay mengenai tajuk entry kat atas tue..haa, macam nie laa citernya..aku sekarang tengah praktikal selama enam bulan kat area Seri Kembangan..alaaa kat Mines tue..korang tau tak? haa..pada yang tau tue...alhamdulillah..kalau tak tau tue..cari laa kat goggle maps! confirm jumpa tue! hehek...



Gambar Hiasan Sahaja!!


Haa..bercerita tentang kisah praktikal aku nie..mula2 masuk keja, sudah dapat tugas... nak tau apa tugasnya?? haa..baca skrip filem baru yang bakal-bakal dipilih untuk pengambaran!! ada 7 skrip aku kena baca waktu tue... lepas tue kena suruh buat script evaluations plak..ahdoiii...mula2 tue mata nak rabakkkk dowh baca skrip bebanyak! ohoiii..almaklumlah aku nie bukan orang yang kuat membaca..huhuk! (sape yang baca nie, jgn tiru gaya sy tau! hehe.. sokonglah slogan nie --> MEMBACA AMALAN MULIA ;)


Pada mulanya praktikal di tempat baru nie, semuanya macam tak kena jek..yelah kan budak baru laa katakan..banyaklah masalah yang tiba..mula2 sesat (rasa nak tergelak pulak bile teringat balik..HAHA) lepas tue pasal parking keta pulak..haa, siap kena warning lagi keta kami sebab tak boleh parking sesuka hati kat sana..ahdooiii nasib baik tak kena rantai tayar..just WARNING jek!! HAHA...okay, pape pon itu pengalaman yang sangat melucukan buat aku dan member aku.. hehe, lepas tue..bila masuk pejabat pulak...aku jumpa laa dengan orang ofis yang urus kami..perghhhhhh!! KEREKKKK dowwhhhhh merekaaa-merekaaaa dan merekaaa ini...fuhh!! mula2 tue rasa tangan aku nie nak naik jek kat muka DONAT-DONAT itu..nasib laa baik KESABARAN aku masih suci..(Whoaaa ayattt powerrr dowhh!! HAHA)


Aku rasa MASA, WAKTU, TIME atau ape jek laa yang berkenaan dengan JAM YANG MULAI MERANGKAK SETIAP SAAT...fuhhh!! singkat rupanya HIDUP kita kini.. mampukah untuk aku hidup berdikari?? sedangkan sebelum ini semua family aku tanggung! tapi bila aku duduk berjauhan dengan family nie, baru laa aku rasa hidup ini bukanlah mudah seperti merasai jiwa REMAJA kita dulu2..alaaa, yang asyik nak ENJOYYYY jek tue! haa..mulai sekarang baru aku kenal ERTI HIDUP yang kadangkala memerlukan KETABAHAN yang kuat dan haruslah sentiasa REDHA dengan apa yang telah kita lakukan..pastikan IKHLAS itu sentiasa bersama kita..mudah-mudahan Tuhan akan memberkati KEHIDUPAN HAMBANYA YANG LEMAH INI :'(


PENGALAMAN..PENGALAMAN...PENGALAMANNN...fuhhh!! dalam hidup aku nie, aku memang sangat sukakan PENGALAMAN! aku suka benda yang baru..aku suka MENJELAJAH MINDA BARU..di situ laa aku dapat membaca MINDA-MINDA orang sekelilingku..sesungguhnya aku bukanlah dukun, bomoh atau yang sewaktu dengannya..aku hanyalah insan lemah yang suka MEMERHATI gelagat manusia milik ALLAH ini..seterusnya aku MENGOREK PENGAJARAN di sebalik pemerhatianku..

okay..aku rasa dah terlalu jauh aku berceloteh daripada tajuk di atas..ahdoiii, ade ku KESAH?? ini entry aku..bukan entry kau!! HAHAHA..opsszzz juz kiddingg bebehhh ;) hmmm apa kata aku tamatkanlah citer aku nie..hilang idea dah dowwhhh..huhukkk...banyak benda menganggu, so..layannn jek laa k! hurghhh

Aku bukanlah siapa-siapa.. aku cuma PENCINTA SENI yang tidak KAYA harta benda, cuma KAYA ramah mesra..sekiannn entry terbaru aku yang sangat membosankan kot! ;) ~Peace No War~

Friday, February 3, 2012

KEHIDUPANKU BARU BERMULA ~ 'BERDIKARI'

Salam n hye u'ols !! lama tak update blog pulak kan..ahdoiii nak buat macam mana kan, bz laa kata orang..huhuk! erm..berkenaan tajut kt atas tue..haa, mesti korang tertanya-tanya kan..apesal plak tetibe jek cakap kehidupan baru bermula, sedangkan dah berapa taon hidup kot! hahaha... Macam nie citernya... Haa pada suatu hari (opsz lawak bodoh pulak!);D !! Okay laa straight to the point ( bahasa omputeh laa katakan! HAHA) Macam nie laa citernya, oleh kerana sebelum nie aku duduk di bawah ketiak mak bapak! semua mintak, dapat... So, kejadian yang berlaku sekarang pulak berlainan kerana mulai daripada hari ini, saya sudah mulai hidup berdikari iaitu tak lagi duduk bawah ketiak mak bapak! (hammmboiiii skema betul kata-kata aku nie, nyampahhh i!!! HAHA) nak citer panjang lebar sebenarnya..tapi masa sangat menghalang untuk aku lakukan itu semua !! OMG, temberang!;D, okay laa..sampai di sini jek laa dulu..tak tau nak cakap ape lagi nie..idea takde! tak membantu langsonggg!! haha...tapi takpe, ada masa i update lagi k ;) pupyeeee dearZZ!! keh..keh..keh ~Peace No War ~