Teratak Muda Friend

Monday, August 27, 2012

Orang Utan MEROKOK??

Orang Utan MEROKOK?? Macam tak percaya kan? Ehh, apa2 pun.. Assalammualaikum dan hai semua.. mesti korang terkejut kan sebab dah lama aku tak update blog.. haha, btw Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yaw ! belum terlambat lagi kan aku wish ~  Hee

Haa.. kalau korang tengok tajuk kat atas tu.. mesti korang heran kan? Macam mana pulak Orang Utan pandai merokok nie?? First aku baca pon, aku binggung jap ! hahaha.. lepas tu, aku tertarik buat entri berkenaan orang utan nie.. maka terjadilah entri ini ! Hehe

Okay, sebenarnya artikel nie aku baca dalam akhbar Metro Ahad kalau tak silap laa..akhbar nie dah lama rasanya..maybe dalam 
bulan julai kot.. terus aku amek gambar.. Dan korang lihatlah sendiri cerita berkenaan si Tori (Orang Utan) nie k.. tengok
gambar di bawah nie..



ASYIK.. Tori menghisap rokok

Kalau korang tak nampak sangat tulisan artikel tu.. Haa, jangan risau.. aku dah taip balik pun untuk kesenangan semua pembaca ! Hehe..


"JAKARTA : Pihak berkuasa Zoo Taru Jurug mengambil langkah
 menghantar seekor orang utan berusia 13 tahun ke sebuah pulau tanpa penghuni di tengah sebuah tasik bagi menjalani proses berhenti merokok.

Tori, satu daripada  empat orang utan di zoo di Solo, Jawa Tengah,
 didakwa ketagih merokok selepas menghisap punting rokok yang dicampakkan pengunjung ke dalam kandangnya.  
“Masalah yang dihadapi zoo di Indonesia ialah pengunjung nakal”. kata Pengarah Zoo taru Jurug, Lilik Kristianto.

Meskipun ada papan tanda melarang pemberian mmakanan atau
 rokok kepada haiwan, mereka masih berbuat demikian. Perbuatan mereka juga menyebabkan haiwan cedera.” Katanya.

Dalam kes Tori, orang utan itu akan meletakkan rokok di celah jari
 dan menghisapnya, seperti yang ia lihat pengunjung lakukan, kata Lilik.

Turut sama dihantar ke pulau terpencil itu bersama Tori ialah orang
 utan jantan, Didk.

Didk tidak merokok tetapi mempunyai tabiat memadamkan
puntung rokok dengan memijaknya – Agensi"


p/s : Okay, setakat ini jek laa untuk entri kali nie.. jumpa di entri yang akan datang yaw ! ~ Peace No War ~


Friday, March 30, 2012

Jomm Sokong kempen EARTH HOUR!!

Earth Hour?? Bila?? Haa..bagi yang belum tahu lagi..meh aku kongsi dengan korang, kpd yang dah tahu tue..kongsi laa dengan kawan2 yang lain yer.. Esok 31 March 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, pada jam 8.30 – 9.30 malam..Jomm kita sokong kempen  Earth Hour seluruh dunia! Yelah kan utk kebaikan semua jugak..Alaa, sejam jek kot..bukan lama pon..

Picture from Mr. Goggle image ;)

Kempen Earth Hour nie sebenarnya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat seluruh dunia mengenai pemanasan global yang semakin hari semakin meningkat. Yelah kan, kejap panas, kejap sejuk! So, ape lagi..malam esok jangan lupa tutup lampu ek 
(cara yg paling senang) ;)

Aku nie takdelah tahu sangat pasal Earth Hour nie, tapi nasib baik aku ‘sedar diri’ laa sebab menyedari kempen ini..hehehe, Haa..yang korang-koranggg kat sana tue..’sedar diri’ dah kerrr?? Hehe..So, kalau sape tak nak digelar ‘lupa diri’..sedarkanlah diri anda mengenai kempen Earth Hour nie okay! ;)

Okay, itu jek Entri utk kali nie, Jumpa di Nexxtt Entri yaw!! ~Peace No War!




KLCC Terbakar??!

Haa..mesti korang terkejut kan bila dengar KLCC terbakar! Sape tak terkejut kan, besar dowh klcc tue, kalaulah terbakar semua..Fuh! confirm ramai yg cedera derr! Berita nie aku dengar petang semalam, aku dgr dr secretary boss..dia ckp klcc terbakar! So, aku pon terkejut laa..Eh betul ker? Atau latihan kebakaran jek kot? Itulah dalam fikiran aku time 2..

Semua gambar2 nie daripada Pakcik Goggle yerr! hehe





Tapi bila dengar Berita di Radio Era pagi tadi, rupanya memang betul terbakar. Tapi takde laa satu KLCC 2 terbakar… Kebakaran 2 dipercayai berpunca daripada Restoran Chinoz. Berlaku satu letupan kecil yang disebabkan oleh kebocoran gas di ruangan dapur Chinoz. Namun begitu, tiada apa2 kecederaan berlaku dan api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Okay, itu jek laa Entri utk pagi nie, jumpa di nexxxxttt Entri yaw! ~Peace No War~

p/s : sentiasa berhati-hati walau di mana jua berada okay! ;)

Monday, March 26, 2012

VIDEO Awal Lamar Scha Di PROPAGANZA


Apa??! Awal lamar Scha secara langsung di PROPAGANZA?? Fuh!! Biar betikkk?? Haa, itulah yang terkeluar dari mulut peminat2 Awal mahupun peminat2 Scha. Tapi waa cakap sama luuu laa, Awal memang ROMANTIK..siap nangis lagi bila Scha jawab ‘YES’..perghhh!! korang memang sweeetttt laa beb! Hehehe..

Awal nangis bila Scha menerima lamarannya ;)

Awal juga melamar Scha pada tarikh anniversary percintaan mereka. Fuh, cayaa laa Awal dengan beraninya melamar Scha secara langsung di Astro Ria pada 25 March 2012 (ahad) kelmarin.

Awal telah melutut bersama cincin, Scha pulak terkejut dan menutup mulutnya (perghh mcm pemberita plak aku kan??!! Hahaha)

PROPAGANZA

Selain itu Awal juga telah memberi Scha bunga dan Patung beruang sebesar manusia yang diberi nama YUNO ;)

YUNO

Okay laa..sampai sini jek Entri utk hari nie..saksikan video di bawah nie...okay, jumpa di nexxttt Entri yaw! ~Peace No War~


p/s : kepada Awal dan Scha, semoga berbahagia hingga ke anak cucu ;)

Thursday, March 22, 2012

DUNIA CURANG

 
Aku ingin terbang,

Bagai kunang-kunang,

Hidup di jalan terang,

Tapi ku temu jurang,

Berat untuk memandang,

Laluku cari peluang,

Akhirnya jumpa kepalang,

Fikiranku menerawang,

Membelah ruang,

Saat masih gemilang,

Inginku berjuang,

Mencari bukan sembarang,

Meneliti bukan senang,

Kepayahanku menjadi terbilang,

Minda tak tenang,

Penyeksaan semakin bertandang,

Mungkinku akan kecundang,

Di hari yang mendatang,

Bersama bayang-bayang,

Kelam dan usang,

Menerobos pintu gerbang,

Dunia yang curang!!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki ~

Wednesday, March 21, 2012

Tak Reti Nak FLUSH Kerrrr??!!

Haa..nie yang aku angin satu badan nie.. Ape bongokss ker orang yang tak Flush tandas tue..Ahdoiii..dah korang senang2 buang taik, korang tak reti nak flush ker oiii?? Pengotor nak mamposss!!

Haa..kan cantek kalau tandas bersih

Kalau pandai buang tue, pandai laa bersihkan balik weiii..tak kan kau jek nak senang..kau masuk bersih, kau kuar kotor!! Ape ker jadahnye!! Grrr..

Kat rumah pon kau buat macam nie ek? Fuh! Kalau yaa..aku salute laa ngan kau nie ‘Ahli Pengotor Sedunia’ rupanya..no wonder laa! Hahaha

Kalau mangkuk tandas macam nie, ade ker orang nak pegi??

Pape pon, aku nak nasihatkanlah kepada orang2 yang selalu masuk tandas, tapi tak nak flush..padahal tempat flushhh adeee!! Kalau rosak, boleh dimaafkan..nie depan mata pon susah jugak!hmm pemalas bebenorrr!! Pesanan buat korang..lepas guna toilet tue..pleezzzzz laa, aku merayu kat korang.. TOLONGLAH FLUSH!! Tak susah pon..

Okay setakat tue jek Entriii waa..Chawww!! ~Peace No War~

p/s : perbuatan seseorang itu melambangkan keperibadiannya!

Result SPM Keluar Hari Ini

Result?? Aduiii mesti ramai yang berdebar kan bila dapat tahu hari nie bakal menemui sesuatu yang baru iaitu sama ada berjaya mahupun tidak dalam ‘peperangan minda’ melalu SPM yang lalu. Yelah kan, dah 5 tahun bersekolah menengah, mestilah nak rasa ‘ke’berbaloian’ (haa, cantek kan ayat aku..haha) masa dan usaha yang dicurahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik..tak gitue?? ;)

sekadar hiasan

Okay, aku juz nak ucap Good Luck kat korang semua yang amek result hari nie, semoga korang semua dapat result yang GempaQQQ bebbb!! Mesti guru2 n parent akan bangga dengan korang ;)

Pape pon, kepada yang tidak berjaya tue.. Jangan putus asa..maybe belum ada rezeki. Kuatkan semangat, jangan berfikiran sempit..nak buat hal yang tak berfaedah, nak bunuh diri laa..haishh tak payah laa buat macam tue..mungkin hari nie bukan hari anda, tapi esok lusa..sape tau kann?? Kann?? Setiap kejadian pasti ada hikmahnya ;)

Carilah kerja Part Time sebelum sambung study ;)

Haaa.. ada satu lagi aku nak nasihatkan sikit..jangan risau, sikit jek..tak banyakk punyerr! Hehe.. Kepada semua lepasan SPM nie, rajin-rajinkanlah diri untuk cari keja Part Time sebelum meneruskan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Yelah kan, bukan apa..bila keja Part Time nie, korang akan dapat pengalaman pertama kali bekerja, walaupun keja di kedai2 biasa jek…tapi itu tetap satu pengalaman yang berharga bagi korang sebelum merasa bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta yang menjamin masa depan anda kelak! ;)

Okay laa setakat ini jek laa Entri sy pada pagi nie..hehe, okay chawww!! ~peace No War~

p/s : Result SPM akan keluar pada jam 10 pagi (21 Mac 2012).
There was an error in this gadget