Teratak Muda Friend

Monday, November 29, 2010

Resepi Ayam Masak Merah : Resepi ini untuk dikongsi bersama..^_^

Bahan-Bahan : Ayam Masak Merah (P/S = Resepi ini bkn sy punya, Sy hanya kongsikan untuk kesenangan peminat masakan mendapatkan resepi..^_^

* 1/2 ekor ayam
* garam kunyit
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 cawan sos cili
* 1/2 cawan sos tomato
* 1/2 cawan kicap
* 2 sudu besar sos tiram
* sedikit air
* 1cm halia
* 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara

1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.

Jom Kongsi Resepi Masakan : ( Blog ini bukan hanya untuk karya, tetapi pelbagai = MIX )

Bahan-Bahan : Masakan Ayam Percik ( Resepi ini bukan sy yang buat, sy hanya kongsikan buat semua)...

* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

CAHAYA TERGURIS

Pilih lagi dipilih,
Memilih cuma terpilih,
Sedang terpilih punya ketagih,
Pelbagai genre gaya dipilih,
Sedang yang memilih sudah tuli,
Diperah janji buta yang dipilih,

Pemilih mahukan mahligai kukuh berdiri,
Tetapi pendengki mahukan kejatuhan,
Agar mahligai roboh tanpa sokongan,
Terjadinya demikian…
Ketawa mereka seiringan!

Mencorak di atas kanvas yang salah,
Bagai merosakkan kompas lama,
Yang telah berkurun dicipta,
Membiarkan jarumnya patah!

Kedengkian itu bisa menggadaikan semuanya,
Cukuplah hanya Pak Kaduk yang tak tahu memilih,
Jangan pula menyalahkan di kemudian hari,

Janganlah dimusnahkan mimpi si anak kecil,
Dengan pelbagai mainan kepura-puraan,
Bekalkanlah mereka mainan tulen,
Yang bisa dimainnya hingga akhir hayatnya!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki
“Ikutlah Kata Hatimu”

KESAKITAN BERVARIASI

Kesakitan demi kesakitan,
Melalui jalan usang sang insan,
Diduga dengan rintangan cabaran,
Harapan agar tabah menyusurinya,

Kesakitan itu penuh variasi,
Pelbagai situasi,
Berlainan emosi,
Membina dimensi,
Mencalar persepsi!

Kesakitan memang menyeksakan,
Makin ditanggung,
Lantas menyerang,
Penuh getir menahannya,
Air jernih merayap mematahkan egonya,

Kesakitan itu menyakitkan,
Dalam dan luar,
Pada diri yang merasa,
Biar lebih perli daripada simpati,
Kerana mereka tidak merasai sendiri,
Mereka boleh berkata apa saja,
Kerana mereka tidak menderitainya,
Pesankan saja pada mereka,
Yang baik itu tauladan,
Yang jahat itu sempadan!

Karya : AchieyQ Yma @ Arioniki
“Ikutlah Kata Hatimu”

Monday, October 25, 2010

Menulis Satu Kebebasan Jiwa Bagi Aku....

Salam n hye...aku memang suka menulis, kadang2 apa yang aku tulis 2 orang tak faham..myb aku buat untuk diri aku jek..tp sebenarnya, bukan kamu tak faham..tp kamu sengaja buat2 tak faham atau kamu terasa cili menembusi minda kamu pabila membacanya..betul atau tidak?? hehe...kalau kamu faham apa yang aku tulis selama ini,alhamdulilah laa..tp bagi yang tak faham 2..takziah laa ar..hahaha..gurau jek k..hehe, aku kadang2 heran bila ramai yang tidak suka membaca bahan-bahan bacaan yang kata-katanya berlapik atau berkias..myb mereka malas utk membaca kerana mereka tidak faham apa yang hendak disampaikan..tp bagi aku pula, aku lebih suka baca benda2 atau tulisan yang berkias2 nie sebab kita akan lebih berusaha untuk mencari makna di sebalik kata-kata tersebut. Di situ juga kita dapat memahami dunia sebenarnya, itu bagi pendapat aku laa..tak tau pulak pendapat korang kan...selagi susah benda yang kita nak buat 2, selagi itulah kita mahu mencari sebuah jawapan yang kukuh untuk kita percayai...Ingat!! cekal, tabah...hiasi peribadimu dengan "senyuman dunia"...salam ikhlas dari aku..."SENI ITU INDAH"...
~Ikutlah Kata Hatimu~ PEACE!! (AchieyQ Yma @ Arioniki)

Sunday, October 3, 2010

Rindu Mahu Hasilkan Karya..Tapi Sekarang Jadual Latihan Ketat Sangat..huhu

Salam dan Hye...hmmm..rindu mau menulis tau..idea byk dah..lg2 utk cerpen..byk citer dah kumpul nie..tp malangnya..chewahhh malangnya lg 2..hehe..erm, bkn malang laa..tp kami skrg penuh dgn latihan2 utk show kemerdekaan..so, lama laa sdh aku tiada hasilkan cerpen or sajak..myb sajak 2 ada lagi laa sikit...Editor akhbar baru2 nie ada bg emel dgn aku..Dia suruh aku hantar karya2 aku kat akhbar dorang lagi..Dia ckp karya2 yg aku hantar 2 b'kualiti...chewahhh...hehe..pape pon thanx sebab menerima karya2 yang aku hasilkan..Banyak jugak yg tertanya2 kenapa aku tidak hasilkan cerpen lagi...ok, nie jawapan aku k>> sory erk kpd yg tanya psl cerpen or sajak 2..aku mintak maaf sangat2 sebab aku sibuk dgn aktiviti kami sekarang, so..aku tiada masa nak tulis..walaupun cerita2 2 memang dah ada..so, aku janji dengan kamu semua..kalau aku dah kurang BZ, aku akan tulis jugak k..TQ 4 your all support!! 'SENI ITU INDAH'
-Ikutlah Kata Hatimu- PEACE!! (AchieyQ Yma @ Arioniki)

Friday, July 23, 2010

"GILA BOLA, PARAH!!"

“ Bang, bangun bang! Haa..tu lah, tengok jer bola tu sampai tak ingat dunia! Dah pagi, barulah nak tidur! Bagus sangat lah tu ye bang, Dah lah ruang tamu tu berselerak, penat tau ayang nak mengemas! Abang suka-suka je bawa kawan-kawan kat rumah ni, lepas tu sepah sana sini! Kalau tak kotorkan ruang tamu tu,takpe!” Aziah meleteri Azam, ketika mengejutkan suaminya untuk pergi bekerja.
Azam menarik selimutnya kembali apabila isterinya keluar dari kamar bilik mereka. Sakit hati Aziah melihat gelagat suaminya itu, dia sunggguh geram dengan keadaan ini sepanjang musim piala dunia yang berlangsung selama sebulan itu. Dia semakin bengang dengan sikap suaminya akhir-akhir ini kerana terlalu leka dengan bola, sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Walaupun pada hakikatnya Azam mengetahui isterinya hanya tinggal menunggu hari untuk melahirkan anak pertama mereka, tetapi dia seperti mengabaikan isterinya itu kerana terlalu gila menonton perlawanan bola sehingga ke pagi-pagi buta.
“dusshhhhhh” Aziah menyimbah air ke muka suaminya, pada mulanya dia teragak-agak untuk berbuat demikian. Namun, oleh kerana perasaan geram yang menguasainya ketika itu, dia pun melakukannya. Azam lantas terjaga kerana merasa sesuatu benda sejuk menyinggah wajahnya ketika itu. Ditambah lagi dengan kesejukan penghawa dingin yang menusuk tulangnya pagi itu, lantas dia terjaga dan memarahi isterinya kerana berbuat demikian. Dia lantas mengambil tuala dan meluru ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
Selesai membersihkan diri, dia bergegas mencapai baju di dalam almari bajunya dan memakainya. Dia sudah terlalu lewat untuk ke pejabat tempat kerjanya, sebab itulah dia tidak sempat untuk menjamah sedikit pun hidangan sarapan yang disediakan isterinya. Aziah amat terkilan dengan kejadian itu, lantas mengalirkan air mata mengenangkan dirinya kini yang sering diabaikan oleh suaminya. Azam terus berlalu pergi meninggalnya terkontang kanting di depan pintu rumah mereka.
Sesampai sahaja Azam di pejabat. Dia melabuhkan pinggangnya ke kerusi dan meletakkan tangan ke atas meja dan merebahkan mukanya ke atas tangan dan lantas tertidur. Tiba-tiba En. Khairul iaitu bos dalam syarikat itu mengetuk pintu pejabatnya, Namun tiada jawapan yang diterima. Lalu dia menguak pintu tersebut dan terlihat Azam sedang lena dibuai mimpi. Kemarahannya memuncak dan darahnya mula mendidih sehangat larva gunung berapi. Dia melangkah ke meja tersebut dan menghentakkan tangannya ke atas meja, lalu memarahi Azam.
“ Eh, Azam! kau ingat pejabat ni, pejabat bapak kau ker hah?! Senang lenang kau erk tidur kat sini! Aku bayar gaji kau tu bukan untuk tidur, aku suruh kau kerja, bukannya membuta!” Marah En. Khairul sehinggakan staf-staf sepejabatnya juga turut terkejut dengan jerkahannya. Azam kelam kabut membetulkan kerusinya dan lantas berdiri dan memohon maaf kepada bosnya.
“ Saya mintak maaf bos. Saya terlalu penat tadi, sebab tu lah terlelap jap. Saya mintak maaf sangat-sangat ye bos, lain hari saya tak buat lagi.” Kata Azam merayu untuk dimaafkan oleh majikannya.
“ Hmmm..orang lain pun tengok bola jugak Zam, tapi takdelah teruk macam kau ni! Dah lah lewat masuk kerja, tidur lagi kat pejabat! Aku tak tau lah kenapa dengan kau sejak akhir-akhir ni. Dulu, setahu aku..kau lah paling rajin kat sini!” leter En. Khairul sambil diperhatikan oleh rakan sepejabatnya.
“ Yaa bos! Saya janji tak akan buat lagi. Promise bos! Please.” Rayu Azam lagi.
“ Baiklah, kali ni aku maafkan kau! Kalau perkara ni berulang lagi, aku tak akan teragak-agak buang kau dari syarikat ni, faham!” Tegas En. Khairul.
Tepat jam 10.00 malam, Azam dan rakan-rakannya telah terpaku duduk di ruang tamu rumahnya untuk menonton perlawanan bola di antara Portugal menentang Korea Utara. Rakan-rakannya telah bertaruh sesama dalam perlawanan itu, Azam juga tidak terkecuali. Ruang tamu di rumah itu berselerak dengan kulit-kulit kacang dan juga plastik-plastik keropok dibiarkan di atas lantai. Aziah hanya mampu menjeling suaminya ketika itu. Geram hatinya melihat gelagat mereka membuang sampah sesuka hati mereka. Akhirnya, dia jugalah yang akan mengemas ruang tamu itu keesokan harinya. Walaupun sebelum ini, sememangnya kerja itu adalah rutinnya, tetapi pada kali ini dia merasa sungguh terbeban dengan kerjanya memandangkan perutnya yang semakin memboyot itu. Sementara itu, Azam dan rakan-rakannya masih khusyuk menonton perlawanan bola sepak dunia yang dianjurkan empat tahun sekali.
“ Eh, korang semua kalau kalah taruhan tu, jangan lupa bayar kat aku erk!” Kata Azam sambil ketawa terkekeh-kekeh. Pilihan kumpulan kegemarannya ialah Portugal, Brazil dan juga Belanda pada musim ini.
“ Elehhh..kerek lah you! confirm Portugal kalah malam ni! Korea yang menang malam ni yok! Kau siapkan jer duit korang untuk bayar aku, senang citer kan!” Kata Pian dengan lagaknya.
“ Alaaa Zam, relax kau erk! Korea tetap kalah punya malam ni! confirm kalah teruk! Portugal pasti menang yokkkk!!” Balas Saad pula.
Mereka beriya menantikan keputusan pemenang pada malam itu. Hati Azam berdebar-debar apabila menunggu masa terakhir perlawanan itu walaupun Portugal mendahului, tetapi dia masih berasa gusar kerana dalam fikirannya macam-macam boleh jadi di saat-saat minit terakhir itu. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila Portugal mengalahkan Korea Utara sebanyak 7 – 0. Betapa gembira hatinya apabila menang dalam pertaruhan tersebut. Hatinya berbunga riang dan semakin obses untuk bertaruh. Pada malam itu dia teramat gembira kerana dapat mengalahkan Pian dalam taruhan mereka berdua.
Pada keesokan harinya, Azam dan teman sepejabatnya menjamu selera di D’Chieque CafĂ© berdekatan dengan pejabat mereka. Dalam perbincangan mereka mengenai projek yang perlu disiapkan sebelum hujung bulan tersebut, terselit juga cerita tentang bola. Razak ingin sekali bertaruh dengan Azam kerana mengetahui bahawa Azam telah memenangi pertaruhan pada malam semalam. Dia teringin mencabar Azam untuk bertaruh secara besar-besaran. Dia memberi nilai wang pertaruhan yang agak besar dalam perlawanan yang akan datang antara Brazil menentang belanda. Pada mulanya, Azam kurang yakin untuk menang dalam pertaruhan tersebut. Tetapi apabila terfikir tentang isterinya yang bakal bersalin, memerlukan duit yang banyak dan apabila melihat jumlah yang ditaruhkan oleh Razak begitu membuatkan hatinya berbunga-bunga. Akhirnya Azam menerima taruhan yang diberi Razak. Azam telah mengadaikan rumah dan keretanya sebagai taruhan sekiranya dia kalah dalam pertaruhan itu.
“ Okey bro, jangan lupa ye rumah dan keretamu akan menjadi milikku.” Razak berkata kepada Azam sambil tersengeh sendiri.
“ Okey jer, Rm 500,000 tu tak boleh hutang-hutang erk!” Balas razak.
“ Okey bro, deal.”
Hari berganti hari, akhirnya tibalah masanya perlawanan antara Brazil menentang Belanda pada jam 10.00 malam itu. Azam sudah lama terpacak depan tv untuk menanti saat bermulanya perlawanan tersebut. Dia sungguh berharap untuk memenangi pertaruhan yang dibuat bersama Razak kerana teringin untuk memiliki Rm 500,000 itu kerana sebelum ini dia tidak pernah merasai mendapat wang sebanyak itu. Perlawanan bola itu telah berlangsung dan nampaknya brazil mendahului dengan 1 - 0. Azam meloncat gembira apabila brazil mendahului permainan tersebut. Dia berharap sangat Brazil memenangi perlawanan itu, sejurus dia juga memenangi taruhannya. Tetapi malang tidak berbau apabila Belanda telah menjaringkan gol pertama mereka. Brazil dan belanda seri pada masa tersebut. Azam semakin risau dengan keadaan ini. Dia takut untuk kehilangan rumah dan keretanya. Tidak henti dia berdoa agar Brazil menang dalam perlawanan ini. Dia mula berdebar menantikan perlawanan itu tamat. Perasaannya kini bercampur baur di mana dia memikirkan tentang isterinya dan juga gadaiannya kepada Razak. Dia mulai bingung dan mundar mandir sehingga isterinya hairan melihat gelagatnya pada malam itu.
“ Eh, apa hal pulak abang ni pusing sana, pusing sini? Dah tak betul ke apa orang ni?” Tanya Aziah kehairanan. Namun pertanyaannya itu hanya sia-sia kerana Azam tidak membalas pun pertanyaannya itu, tetapi hanya melepaskan keluhan.
Tiba-tiba dia terdengar sorakan di kaca tv, betapa hancur hatinya apabila Belanda kini mendahului dengan gol 2 – 1 sejurus memenangi perlawanan tersebut. Jantungnya bagai terhempas ke tanah apabila mengetahuinya. Saat itu juga telefon bimbitnya berbunyi dan satu mesej diterima daripada razak yang tertera di skrin telefonnya “ Jangan lupa rumah dan kereta you jadi milik I okey.” Sejurus air matanya mengalir deras saat itu juga. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu isterinya tentang hal itu, dia yakin yang isterinya pasti memarahinya. Tiba-tiba dia terdengar Aziah mengerang kesakitan. Azam terkejut dengan jeritan isterinya itu dan lantas menghampirinya. Rupa-rupanya isterinya kesakitan kerana hendak bersalin. Dengan sepantas kilat Azam mendukung isterinya ke kereta dan membawanya ke hospital.
Sesampai di hospital, isterinya terus di bawa ke wad bersalin. Azam hanya mampu duduk di luar kerana takut untuk melihat darah. Dia mundar mandir memikirkan keselamatan isteri dan anaknya yang bakal lahir itu. Ibunya pernah memberitahu bahawa perempuan yang melahirkan anak itu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Fikirannya makin kusut apabila memikirkan tentang pembayaran yang ditanggungnya kerana isterinya itu telah membuat temu janji di hospital swasta sebelum melahirkan lagi. Doktor keluar dari wad bersalin itu dan memberitahunya bahawa isterinya sedang kritikal saat itu. Dia meraung sekuat hati apabila terdengar kata-kata doktor tersebut, doctor itu cuba untuk menenangkannya. Dia sudah tidak peduli dengan orang yang lalu lalang yang melihatnya.
“ Sabar yaa encik. Berdoa banyak-banyak, insyaallah isteri awak akan selamat.” Kata doctor itu menenangkan Azam.
“ Tidakkkkk…abang minta maaf kat ayang kerana tidak memberi perhatian kepada ayang. Abang memang bodoh! cukup bodoh! Abang sanggup gadaikan rumah dan kereta kita! Abang salah yang, maafkan abang yang.” jerit Azam sambil menangis mengenangkan peristiwa yang menimpanya. jururawat di hospital itu hanya mampu menenangkannya.
Doktor seorang lagi yang membedah isterinya keluar dari wad bersalin itu dan memberitahu berita gembira bahawa isterinya selamat. namun begitu, malangnya apabila anaknya pula yang tidak dapat diselamatkan. Betapa hancur hatinya lagi apabila mengetahui anaknya meninggal dunia di saat itu juga dia menghantuk-hantukkan kepalanya ke dinding. Keluarganya yang baru sampai itu pun mencuba untuk menenangkannya. Dia sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan isterinya. Dia pasti bahawa isterinya saat ini pasti sangat membencinya. Dia hilang arah tuju. Fikirannya kusut dan berkecamuk. Malangnya bukan setakat itu sahaja, timbul lagi masalah apabila Ah Long datang ke arahnya dan menariknya dengan kasar ke dinding dan meminta bayar duit hutangnya kepada Ah Long. Badannya longlai dan tidak mampu berkata apa lagi. Dia ditarik ke satu sudut yang tersembunyi di hospital itu dan dibelasah teruk oleh pengikut-pengikut Ah Long itu. Dia cedera parah, malangnya tiada siapa melihat kejadian itu. Nasib baik ada seorang jururawat melintasi jalan itu selepas satu jam dia dibelasah. Jururawat itu terkejut melihatnya yang kepalanya berlumuran darah dan lantas membawanya ke wad.
Kakinya patah akibat dibelasah oleh pengikut Ah Long itu. Isterinya pula membencinya apabila mengetahui anak yang dilahirkannya telah meninggal dunia. Dia mencuba memujuk isterinya.
“ Ayang, maafkanlah abang. Abang mengaku yang abang salah. Abang janji tak akan buat lagi pada masa akan datang.” Pujuk Azam.
“ Tak payah lah abang pedulikan ayang lagi, abang pergilah dengan bola-bola abang tu! Semua ni salah abang! kalau abang tak obsess sangat nak bertaruh, kita tak kan hilang rumah dan kereta kita tu! Anak kita pun tak akan mati! Ayang benci abang!” Balas Aziah sambil menangis terkedu-kedu.
“ Yaa, abang tahu abang salah. Ayang pukul lah abang sampai ayang puas hati dan memaafkan abang. please yang.” Rayu Azam lagi.
“ Sudah! Ayang tak nak dengar apa-apa lagi dari abang!” Jerit Aziah.
Saat kejadian itu berlaku, tiba-tiba razak datang menghampiri Azam. Azam tahu bahawa Razak pasti hendak menagih perjanjian mereka.
“ Yaa, aku tahu kenapa kau datang Zak, Nah! ambil lah kunci rumah dan kunci kereta ni.” Kata Azam lemah.
“ Tidak Zam! Aku datang ke mari bukan kerana menagih perjanjian pertaruhan kita. Tapi aku datang nak beritahu kau yang aku tidaklah sekejam-kejam manusia untuk melihat kesusahan orang lain. Aku datang kerana ingin menarik balik taruhan kita, aku tak akan ambil rumah dan kereta kau. Pesanku pada kau, jangan terlalu tamakkan harta dunia. Keluarga itu lebih penting daripada wang walau sebanyak mana pun.” Balas Razak sambil memberi kata nasihat kepada Azam. Saat itu juga berderaian air mata Azam tanda kegembiraan. Dia bersalam dengan Razak dan meminta maaf atas segalanya. Isterinya juga turut merasa gembira kerana rumah dan kereta mereka tidak tergadai. Razak memberi pinjaman duit kepada Azam untuk melangsaikan hutangnya kepada Ah Long. Azam berterima kasih yang teramat sangat kepada Razak.
Aziah menghampiri suaminya dan lantas memeluknya sambil menangis kegembiraan. Mereka bersyukur kerana di saat yang sukar itu, ada ruang lagi untuk mereka yang tentunya datang dari Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang.



Karya : AchieyQ Yma