Teratak Muda Friend

Monday, February 20, 2012

Aku Orang Seni ‘BEBAS MERONDA MINDA’

Memulakan hidup sebagai orang seni merupakan sesuatu yang memang menjadi pilihanku. Hal ini adalah kerana bagiku orang seni adalah orang yang ‘Bebas’. “Bebas Meronda Minda’. Bebas pada pandangan diriku ini bukanlah tidak mempunyai sebarang peraturan. Peraturan itu adalah satu disiplin yang patut dipatuhi oleh manusia seperti aku. Walaupun pada hakikatnya, aku sememangnya tidak suka akan peraturan, tetapi ini tidak bermakna aku sering melanggar peraturan.


Aku juga mempunyai disiplinku sendiri. Disiplin yang aku reka sendiri dalam diri aku sememangnya aku patuhi semuanya tanpa merasa janggal kerana semua disiplin yang direka itu adalah untuk aku berjuang menjadi seorang yang berjaya di kemudian hari. ‘Rekaan’ disiplin yang kita lalui ini biasanya mengajar kita untuk lebih tabah untuk mengharungi sebuah kehidupan dan perlu berdikari di atas kaki sendiri. Kadang-kadang aku pernah terfikir sekiranya hidup ini ‘berjalan’ tanpa peraturan. Semuanya pasti akan menjadi tidak kena dan mungkin kehidupan manusia akan menjadi porak poranda disebabkan oleh ketidaksefahaman di antara satu sama lain.


Sungguh dahsyat bila dibayangkan keadaan akan berlaku seperti itu, tetapi apa yang dapat aku lihat kini sepertinya dunia dan masyarakat kini lebih kepada kehidupan yang tidak ada peraturan kerana bermacam-macam kejadian yang berlaku di dunia, sepertinya dunia kini tiada undang-undangnya lagi. Itu adalah pendapat peribadi aku, tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.


Apa yang aku lihat, renung, akan aku amatinya dalam-dalam dan akanku fikirkan dengan panjang, perjalanan kehidupan seorang yang bergelar insan. Biasanya, sebelum aku melakukan sesuatu keputusan, aku akan bayangkan dahulu punca-punca dan akibat yang bakal berlaku kelak. Aku juga akan menbayangkan bagaimana cara untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul walaupun masalah tersebut belum berlaku.


Ringkasnya, aku sememangnya mempunyai bayangan yang terlalu ke depan sehingga mencuba untuk mencipta masalah dalam kotak fikiran dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum masalah itu benar-benar wujud. Kadang-kadang rakan-rakan aku juga hairan dengan aku bila aku terlalu risau dengan sesuatu masalah yang aku fikirkan dalam kotak fikirannku yang belum tentu perkara tersebut akan timbul. Sebagaimana rakan-rakanku hairan dengan diriku, aku juga tidak terlepas dengan kehairanan itu kerana aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu membayangkan sesuatu perkara yang belum pasti berlaku, tetapi aku sudah mempunyai cara untuk menyelesaikan perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku. Adakah ini satu penyakit? Aku sendiri tidak mengerti ;)


** Maafkan saya, entry saya pada kali ini agak formal sedikit, sikit jek tau, tak banyak! Hehe.. pape pon hope u all happy baca entry nie k..okay, chawww!! Di lain hari, saya akan sajikan anda dengan entry yang berbeza daripada sebelumnya okay! See u nexttt entry yoooo ;p ~Peace No War~

0 comments:

Post a Comment