Teratak Muda Friend

Sunday, June 13, 2010

“BUKAN SALAH MAK TIMAH”

“Maaaaakkk, kakak pukul Siti!”
Aku berlari mendapatkan ibuku yang sedang menyabit padi di sawah yang berada di belakang rumahku. Langkahku yang terinjut-injut menyebabkan aku terjatuh ke dalam sawah itu. Ibuku hanya memerhatikanku tanpa sedikit pun rasa kasihan melihatku terjatuh tadi. Aku merasakan bagai ada air jernih menyinggah pipiku saat itu, tetapi ku gagahkan juga untuk bangun kembali. Aku sedar bahawa aku hanyalah kanak-kanak perempuan yang cacat, sebelah kakiku tempang, mulutku sumbing dan sebelah tangan kiriku hanya memiliki tiga jari saja.
Aku juga sering dihina oleh kakak dan abangku. Mereka tidak pernah menganggap aku sebagai adik mereka, malah mereka juga sering membuli dan sering memukulku. Tapi, sebagaimana pun jahat mereka terhadapku, aku tetap menyayangi mereka berdua. Bagiku, mereka semua adalah segala-galanya untukku. Ibu juga tidak menyukaiku seperti kakak dan abang membenciku. Aku merasa hairan apa sebabnya ibu membenciku. Tetapi dalam kesedihan membelenggu hatiku, terselit juga kegembiraan apabila aku menyedari ayah begitu menyanyangiku. Hanya ayah saja yang memahami perasaanku. Ayah jugalah tempat untuk aku meluahkan perasaan sedih dan juga gembiraku. Ayah begitu memahami dan sering menyokongku. Aku merasa bahagia bila bersama ayah, dialah pengubat segala dukaku.
Aminah seorang kawan yang baik dan memahami, dia selalu menolong Siti apabila Siti ditimpa kesusahan. Dia jugalah yang sering menemani Siti apabila Siti dirundum kesedihan. Pendek kata, semua rahsia dan masalah yang dialami oleh Siti semuanya berada di tangan Aminah. Walaupun dia amat baik dan sering menolong Siti, tetapi Siti tidaklah terlalu mengharapkan pertolongan Aminah.
“Hei, budak cacat! kenapa sekarang kau jalan kaki? kat mana dah basikal buruk bapa kau tu hah? kenapa kau tak pakai je datang sekolah?” Adnan mengeluarkan kata-kata sinis terhadap Siti.
“Hei Adnan! kau ingat kau tu kaya sangat ker sampai nak perli-perli orang ni?” Marah Aminah kepada Adnan.
“Eh, of course lah beb! Aku kan anak orang kaya kat kampung ni, lain lah macam kamu berdua ni,anak orang miskin!..dah lah miskin, cacat pula tu..hah! kau ni Minah, makin lama aku tengok kau berkawan dengan Siti ni, kau pun dah macam cacat pula aku tengok. Dah kena tempias ker?” Sambil meneruskan caci makinya berserta katawa terkekeh-kekeh Adnan membalas percakapan Aminah sebentar tadi.
“Amboi, baru kaya kat kampung ni dah berlagak! hemm..yang kaya tu mak bapak kau je cik abang oii…yang kau tu hanya menumpang kekayaan family kau je. Jangan lah nak perasaan lebih-lebih pulak…dasar berlagak!” Sindir Aminah.
“Hei! kau cakap baik-baik sikit erk, kau nampak tak penumbuk depan mata kau ni?! kau nak rasa ke penumbuk sulung aku ni singgah kat muka kau? hah! kang tak pasal-pasal kau pun cacat sekali macam Siti!” kemarahan Adnan membuak-buak apabila Aminah menyindirnya.
“Sudah!..sudah! kamu berdua janganlah bergaduh hanya kerana aku. Aku tau, aku nie selalu menyusahkan orang, terutama kau Minah. Aku minta maaf sangat-sangat kerana aku, kau selalu menjadi mangsa. Adnan, aku tau kau memang anak orang kaya. Tapi jangan lah kau memandang hina pada aku biarpun aku macam ni, aku pun ada perasaan juga Adnan. Aku tak pernah minta jadi begini. Aku redha dengan semua ini. Biarpun aku cacat, aku tetap gembira kerana diberi peluang untuk merasai kehidupan di dunia walaupun tidak sesempurna fizikalmu Adnan.” Siti berkata sambil menitiskan air matanya dan terus berlari meninggalkan Aminah dan Adnan.
“ Siti….Siti…tunggu Siti, tunggu…hem! tahniah Adnan kerana telah berjaya melukakan hati insan yang mulia seperti Siti.” Sindirnya sambil memanggil Siti yang telah jauh di hadapan.
Siti masih lagi mengalirkan air matanya apabila terkenangkan kata-kata Adnan sebentar tadi. Hatinya remuk mendengar cacian yang dilontarkan teman sekelasnya itu yang juga antara budak nakal di sekolahnya. Dia sedar bahawa dirinya tidak sesempurna teman-temannya yang lain. Itulah sebabnya dia sering dibuli dan sering diejek oleh pelajar-pelajar nakal di sekolahnya. Bukan hanya pelajar-pelajar nakal di sekolahnya yang mengejeknya, tetapi juga kakak dan abangnya sendiri. Betapa hancur hatinya apabila keluarga sendiri juga sanggup menghina keadaannya sedemikian rupa. Sepatutnya mereka menyokongnya dan bukannya memburuk-burukkannya lagi. Sungguh tidak disangka, ibunya juga tidak menyukainya hanya kerana malu dengan jiran-jiran dan masyarakat kerana mempunyai anak yang cacat sepertinya. Hanya ayahnya yang menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh biarpun mengetahui dirinya tidak seperti kakak dan abangnya. Ayahnya tetap mengasihinya dan melindunginya dari sebarang bahaya yang datang kepadanya.
“Aduh! mak, sakit mak…sakit…ampunkan Siti mak…ampunkan Siti. Siti janji tak buat lagi. Mak sakit!” Siti meraung kesakitan apabila ibunya memukulnya sehingga dia tidak dapat menahan kesakitan yang amat itu.
“ Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar, bukan untuk bergaduh! hebat sangat dah ker sampai nak gaduh kat sekolah ni hah! kau nak aku berhentikan kau dari bersekolah ker? kau nak macam tu?” Tengking Mak Timah.
“Tak nak mak, Siti masih nak sekolah. Siti tak pernah bergaduh mak. Percayalah Siti mak.” kata Siti sambil menahan esak tangisnya.
“ Kau masih tak nak mengaku! jelas-jelas dah mak Adnan datang rumah tadi marah aku kerana kau! Kau tak habis-habis menyusahkan aku yaa. Aku dah muak dengan perangai kau ni. Kau betul-betul memalukan aku Siti! Di mana aku nak letak muka aku ni nanti kalau kau selalu timbulkan masalah kat kampung ni hah! Alangkah baiknya kalau kau tak hidup dulu, tak juga menyusahkan aku! dah lah cacat! tak sedar diri pulak, asyik nak menyusahkan keluarga je.” Mak Timah melepaskan semua kata-katanya yang terpendam sejak sekian lama.
Pak Usop datang dari sawah setelah mendengar teriakan Mak Timah memarahi dan memukul Siti.
“Timahhhh!!! Kau nak matikan budak tu ker hah!”. Jerit Pak Usop.
“Haa..abang tu je nak manjakan budak ni! tengok sekarang dia ni dah pandai pijak kepala orang! dah nak tunjuk kuat kat sekolah, dah nak jadi samseng!”. Kata mak Timah sambil mengambil tali pinggang yang tergantung di atas paku di dinding dan hendak memukul Siti menggunakan kepala tali pinggang tersebut. Pak Usop cuba menghalang dan berlari mendakap Siti. Di saat pergelutan itu berlaku, tiba-tiba Pak Usop menekan dadanya. Dia terbaring di lantai dan menahan kesakitan. Dia telah diserang sakit jantung ketika itu. Siti mendapatkannya, sambil teresak-esak menahan tangisnya. Mak Timah juga menghampiri suaminya dan menangis melihat suaminya tidak bermaya lagi. Akhirnya, Pak Usop menghembus nafasnya yang terakhir dalam pangkuan Mak Timah.
“Kau jangan nak berpura-pura menangisi kehilangan ayahmu itu! Kau lah punca ayah kau meningal!”. Kata Mak Timah memarahi Siti sejurus saja pengebumian Pak Usop selesai. Walaupun masih ada sisa tanggisan di matanya, dia masih tidak dapat menerima kematian suaminya itu. Dia semakin membenci Siti kerana menganggap Siti lah punca kematian suaminya itu.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Siti telah berada dalam darjah enam dan akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dia semakin gementar menunggu tibanya saat peperiksaan itu. Biarpun Siti tahu bahawa ibunya dan adik beradiknya tidak pernah kisah tentang pelajarannya, tetapi dia msih juga ingin membuktikan pada ibunya yang dia boleh berjaya. Dia sangat berharap sekiranya dia lulus dalam UPSR itu, ibunya akan menyayanginya seperti ibunya menyayangi kakak dan abangnya. Dia teringin sangat merasa disayangi oleh ibunya dan dipeluk erat penuh kasih sayang. Entah bila akan tiba waktu itu, dapatkah dia merasai saat itu biarpun hanya seketika.
“Amacam Siti? kau dah sedia nak jawab soalan exam ni? tak lama lagi dah nak mula ni.” Tanya Aminah kepada Siti apabila melihat Siti seperti memikirkan sesuatu.
“Entahlah Minah, aku pun tak tau ni. aku takut sangat kalau gagal. Mesti mak aku marah nanti..hemm..” Jawab Siti sambil mengeluh.
Seminggu berlalu, peperiksaan mereka telah pun habis. dan kini hanya menunggu keputusan peperiksaan itu keluar. Semua pelajar darjah enam Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Chempaka berdebar menunggu keputusan peperiksaan mereka. Debaran makin terasa apabila saat yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Terasa mengigil tubuh Siti untuk mengetahui keputusan peperiksaan yang bakal dia terima. Begitu juga dengan Aminah.
Tibalah masa yang dinanti-nanti oleh semua pelajar darjah enam yang mengambil UPSR di seluruh Malaysia ketika ini. Terutama sekali pelajar dari Sekolah Seri Chempaka yang berduyun-duyun berbaris untuk mengambil slip keputusan di sekolah.
“Siti, Tahniah Siti. Kau berjaya menjadi pelajar cemerlang di sekolah ni. aku bangga dengan kau Siti. Kau telah buktikan kepada semua yang kau juga mampu berjaya seperti orang lain. Tahniah Siti, Tahniah.” Kata Aminah sambil menepuk bahu Siti.
Betapa terkejutnya dan rasa tidak percaya menyelubunginya hatinya ketika itu. Air matanya tumpah juga akhirnya. Dia tidak dapat menahan tangisnya dan dia lantas memeluk erat tubuh teman baiknya itu. Siti melepaskan pelukannya apabila teringat kembali impiannya untuk mendapat kasih sayang daripada ibunya setelah melihatkan keputusannya itu nanti.
“ Terima kasih Minah, kau lah sahabat terbaik aku. Aku tak sabar nak pulang rumah untuk tunjukkan keputusan aku ni kepada mak aku. Aku yakin yang dia akan gembira melihat kejayaanku ini. Aku harap sangat dapat kasih sayang daripada mak walaupun hanya seketika, Minah. Aku teringin sangat merasa disayangi oleh emakku. Harap-harap mak gembira dengan kejayaan ini. Minah aku dah tak sabar nak balik ni, jom kita balik Minah.” Siti berkata kepada Aminah dengan penuh harapan.
Siti berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Ingin saja rasanya dia berlari untuk sampai ke rumah bagi melihatkan keputusannya itu. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu berlari seperti kanak-kanak lain seusia dengannya kerana keadaannya itu membataskan pergerakannya. Betapa riang hatinya mengenangkan kejayaan yang diperolehinya. Mulailah dia berangan-angan sendiri dipeluk erat oleh ibunya dan diucapkan tahniah atas kejayaannya. Hatinya semakin berbunga-berbunga dan tidak sabar untuk cepat sampai ke rumah. Harapannya untuk melihat ibunya gembira dan memeluk erat tubuh kecilnya itu membuak-buak di dada. Dia semakin menghampiri rumahnya dan dia terlihat ibunya sedang membersihkan halaman rumah. Dia hendak melintasi jalan raya untuk sampai ke rumahnya sambil menjerit-jerit memanggil ibunya.
“ Mak! oh, mak! mak, siti dapat 5A dalam UPSR!” jeritnya kepada ibunya yang jauh di halaman rumahnya.
Dummmmm!!!
Badan Siti terpelanting ke atas jalan raya apabila sebuah Land Cruiser melanggarnya kerana pemandu tersebut tidak dapat mengawal breknya. Brek kereta itu tidak berfungsi dan menyebababkan Siti terhumban jauh ke atas jalan raya. Betapa terkejutnya Mak Timah. Lantas dia berlari mendapatkan Siti yang terkulai layu tidak bermaya dan tubunhya penuh dilumuri darah. Dia mengangkat kepala Siti dan menangis teresak-esak melihat anaknya itu dalam keadaan parah dan terlihat slip keputusan UPSR yang tertera 5A dalam genggamannya yang dipenuhi lumuran darah. Mak Timah meraung kekesalan dengan sikapnya yang tidak pernah kisah tentang anaknya ini dan sering memukulnya. Dia juga meminta maaf di atas perbuatannya terhadap Siti sambil memeluk erat tubuh anak kecil itu.
“ Maafkan mak Siti. maafkan mak. Mak salah Siti. Siti ampunkan mak, mak bersalah terhadap kau.” Raung ibunya sambil menangis teresak-esak.
“ Mak tak salah… Siti yang salah. Siti yang selalu memalukan mak. Siti minta maaf mak…Hanya satu yang Siti harapkan dari mak. Siti teringin sangat mak peluk Siti erat-erat. Dari dulu hingga kini hanya itu yang Siti harapkan. Siti teringin sangat mendapat kasih sayang daripada emak seperti mak menyayangi abang dan kakak. Hanya itu yang Siti inginkan mak. Tapi, alhamdulilah Siti dah rasa dipeluk erat oleh mak sekarang. Betapa bahagianya berada di pangkuan mak. Terima kasih mak.” kata Siti tersekat-sekat meneruskan kata-katanya dan matanya semakin kabur dan lantas tertutup.
“Siti! jangan tinggalkan mak Siti. jangan tinggalkan mak! mak sayang kau Siti. Mak sayang kau!” Mak Timah meronta- ronta memanggil-manggil nama Siti. Namun rontaannya itu tidak mampu membangunkan kembali Siti kerana anaknya itu telah meninggal dunia kerana terlau banyak darah yang keluar dari tubuhnya. Mak Timah meraung dan menangis teresak-esak apabila mengingatkan kembali kesalahannya terhadap anaknya itu.
Seminggu berlalu Mak Timah masih lagi memikirkan Siti. Dia tidak lalu nak makan dan tubuhnya pun kelihatan bertambah kurus. Ini menyebabkan abang dan kakak Siti kebingungan dan lantas mencari ikhtiar untuk melenyapkan perasaan rasa bersalah ibunya itu terhadap Siti. Kakak Siti telah mendapat idea, dia telah mengambil seorang kanak-kanak perempuan OKU yang juga seperti fizikal Siti sebagai adik angkat dalam keluarganya. pada mulanya ibunya tidak menghiraukannya , tetapi kerana terlalu merindukan Siti dan ingin menebus kesilapannya, dia telah menjaga anak tersebut seperti menatang minyak yang penuh. Dia kini tidak menghiraukan kata-kata orang kampung yang mencaci keluarga mereka. hidup mereka sekeluarga akhirnya bahagia biar pun Siti hanya dalam kenangan.

Karya : AchieyQ Yma

0 comments:

Post a Comment