Teratak Muda Friend

Tuesday, June 22, 2010

“PEREMPUAN TUA,BERJUBAH PUTIH”

“ Eh, cuba korang tengok kat sana tu. Aku selalu sangat nampak nenek tua yang berjubah putih tu, kadang-kadang seram pulak aku tengok. Yelah kan, macam hantu pulak. Pakai jubah putih pulak tu.” Kata Aleya kepada teman-temannya sambil menaikkan jari telunjuknya mengarah perempuan tua yang tengah duduk di sebelah pagar.
Semua mata mengarah ke arah perempuan tua itu lalu mereka merasa hairan kerana perempuan tua tersebut selalu ada sejak kebelakangan ini. Pada mulanya mereka menganggap biasa saja dengan keadaan itu. Tetapi seperti setiap hari mereka melihatnya. Mereka cuba untuk menegurnya, namun begitu tiada balasan yang diterima. Semakin hari semakin mereka takut dengan orang tua tersebut. Walaupun dia tidak pernah mengganggu mereka, tetapi apabila mereka berselisih dengannya pasti ada saja bau-bauan wangi yang bisa membuat orang tenang dan dibuai-buai. Namun begitu, mereka melawan perasaan itu dan cepat-cepat beredar dari tempat itu.
“ Aku pun selalu nampak jugak orang tua tu. Tapi aku hairan lah, orang tua tu akan menjelma apabila Aleya ada bersama kita. Kalau Aleya tiada, tak ada pulak orang tua tu berkeliaran kat sini. Entah-entah hantu peliharaan kau kot Leya?.” Sakat Azim sambil ketawa terkekeh-kekeh.
“ Ya tak ya jugak erk, aku pun perasan jugak tu Zim. Ohhh..entah-entah kau bawa orang tua tu untuk jaga kau kot kalau-kalau kau diganggu hantu lain.” Furqan menyambung menyakat Aleya. Lalu mereka semua mengetawakan Aleya. Aleya lantas menarik muka masam kerana disakat oleh teman-teman baiknya itu.
“ Ish korang semua ni, jangan lah cakap macam tu. Seram sejuk badan aku terus tau! Kalau lah betul macam apa yang kamu cakap tu. Aduh! alamat tak keluar rumah lah aku, sembahyang hajat jer.” Aleya menenangkan hatinya sendiri sambil membuat lawak untuk menghilangkan rasa takutnya dengan kata-kata temannya itu sebentar tadi.
“ Eh, kamu ni mengarut jer lah. Dalam dunia ni mana ada hantu! Syaitan, iblis ada lah untuk menakut-nakutkan kita dan menyesatkan manusia di muka bumi ni. Korang ni jangan lah terpengaruh sangat dengan wayang-wayang kat tv tu!.” Kata Fatihah penuh yakin. Mereka tersenyum apabila mendengar ceramah free daripada teman mereka seorang itu yang kuat dengan pegangan agamanya. Farouk, Fatin dan Syikin hanya melihat gelagat temannya yang lain yang saling menyakat antara satu sama lain. Mereka hanya sebagai penyokong saja selalunya kerana mereka bertiga agak pendiam daripada Aleya, Furqan, Azim dan juga Fatihah.
Mereka semua berpecah apabila ingin pulang ke rumah masing-masing. Aleya menaiki bas untuk pulang ke rumahnya. Bas yang dinaikinya berhenti di bustop persimpangan jalan yang berhampiran rumahnya. Dia turun dari bas tersebut dan ingin melintas jalan untuk menyebelah ke rumahnya. Tiba-tiba sebuah kereta waja yang begitu laju melintasi jalan tersebut. Dia terkejut dan tidak sempat untuk berpatah balik ke tepi jalan. Tanpa diduga, seorang perempuan tua telah menarik tangannya dan dia terjatuh di tepi jalan. Dia merasa bersyukur kerana terselamat daripada bahaya itu. Tetapi, dalam masa itu juga dia amat terkejut apabila orang yang menyelamatkannya itu ialah orang tua yang dibicarakan mereka sebentar tadi. Mulutnya menjadi kaku kerana terlalu takut apabila mengenangkan kata-kata temannya tadi. Mulutnya tengangga dan tidak mampu mengeluarkan sepatah kata pun. Perempuan tua itu hanya berkata “ Lain kali hati-hati sikit.” Aleya lantas bangun dan berlari pulang ke rumahnya. Sesampai dipagar, dia menoleh ke belakang untuk mengucapkan terima kasih. Tetapi yang menghairankan perempuan tua tersebut sudah tidak ada di tempat tadi. Kehairanannya bertambah apabila mengenangkan orang tua tersebut memakai tongkat, mustahil dia mampu berjalan cepat. Dadanya berdegup kencang, dan dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
Keesokan harinya, Aleya pergi ke kolej seperti biasa. Dia berjumpa dengan teman-teman rapatnya dan menceritakan kejadian kelmarin yang menimpanya. Teman-temannya terkedu mendengar ceritanya dan merasa seram dengan kejadian tersebut. Tepat pada jam 8.00 pagi itu mereka semua masuk ke kelas untuk mengikuti kuliah Prof. Arsyad. Di dalam kuliah itu, Aleya termenung saja dan tidak sedikit pun pelajaran yang diajar itu masuk ke otaknya. Fikirannya masih bercelaru dengan kejadian kelmarin itu. Dia semakin gusar dengan keadaan ini. Dalam fikirannya, kemungkinan juga kata-kata Azim itu. Sekejap dia mengiyakan, sekejap dia menidakkan kata-kata itu. Sukar untuk dia menemukan jawapannya. Dalam dia mengalamun panjang itu, tiba-tiba Syikin menepuk bahunya. Terperanjat sungguh dia ketika itu. Syikin hanya tertawa melihat gelagat rakannya itu.
“ Eh, kau ni Leya mengelamun jer kerja kau tau! Entah masuk atau tak, apa yang Prof. Arsyad ajar tadi tu. Apa yang kau fikirkan jugak ni, sampai khayal memanjang jer ni?” Syikin bertanya kepada Aleya.
“ Eh, takde lah..saja jer ingat cowok lah katakan! hehe..eh, kawan-kawan lain mana?” Tanya Aleya.
“ Diorang dah balik dah tadi. mereka kata, saja tak nak ganggu ko khayalkan orang tua tu..hehe..tapi diorang ada pesan, kau nak join tak camping kat pusat peranginan Chizze tu hari ahad ni? kalau kau confirm nak join, kau call jer Azim erk..okey lah aku balik dulu. Jangan lupa ye!” Selepas Syikin meninggalkan pesan, dia terus meningalkan Aleya keseorangan. Aleya mengiyakan kata-kata temannya tadi bahawa yang dia khayalkan tadi ialah orang tua tersebut yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
Suasana di tempat itu sangat sunyi kerana tidak ramai yang mengunjungi tempat itu ketika ini kerana cuti sekolah belum bermula. Mereka sekawan memasuki ke dalam hutan di tempat peranginan itu yang kononnya mempunyai air terjun yang sangat cantik. Sesampai saja mereka di tempat yang dituju. Mereka memasang khemah dan mencari kayu-kayu untuk dibuat unggun pada malam hari.
“ Wah sejuknya tempat ni pada waktu malam erk…ker sejuk pasal ada ‘apa-apa’ di sini, Azim?” Tanya Fatin seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
“ Ish..mulut tu jangan cabul sangat kat tempat baru!” Celah Aleya. Biarpun dia juga merasa perkara yang sama seperti Syikin. Tetapi dia gagahi juga untuk tidak mengendahkannya.
“ Eh, korang semua ni. Memang lah tempat ni sejuk. Dekat dengan air terjun, mana tak sejuk kan, Farouk?” Azim sengaja menyedapkan hati teman-temannya itu. Walaupun pada saat itu bulu tengkuknya sudah meremang sedari tadi lagi.
“ Okey..okey..sudah lah korang cerita pasal sejuk-sejuk ni! tak kuase aku nak layan!” Fatihah mencelah.
“ Eh, korang perasan tak petang tadi orang tua yang kita selalu nampak kat kolej kita tu ada kat pondok depan sebelah chalet?” Tiba-tiba Fatin menanyakan lagi soalan kepada teman-temannya.
“ Ish kau ni Fatin, cukup-cukuplah tanya soalan mengarut kau tu!” Marah Furqan pula.
“ Eh, ni bukan mengarut. Ni kenyataan..aku nampak sendiri dengan mata kepala aku! Entah-entah dia ikut kita kot! Apasal lah orang tua tu selalu ada erk..menyeramkan pulak tau!” Kata Fatin sambil mendekati Aleya kerana dia merasa seperti ada sesuatu yang menyentuh bahunya. Jantungnya berdegup laju, dia seolah-olah ingin menjerit dan dia menutupkan matanya. Bulu romanya semakin meremang. Dia memeluk Aleya sekuat hati kerana terlalu takut ketika itu. Pada saat itu juga dia terlihat orang tua itu berada di sebalik batu berdekatan dengan air terjun itu. Saat itu juga dia menjerit dan jari telunjuknya menghala ke arah air terjun itu. Teman-temanya merasa hairan dengan keadaan itu. Lantas mereka semua menenangkan Fatin dan Fatihah membaca sedikit surah-surah.
Tiba-tiba angin kencang, pokok-pokok bergoyang dan daun-daun terbang hingga menyebabkan pasir memasuki mata mereka. Khemah mereka juga terbang ditiup angin, Unggun api juga padam. Mereka semua berkumpul dalam satu bulatan. Ketakutan benar-benar merajai diri mereka ketika itu. Fatin pula menangis teresak-esak kerana terlalu takut dan dia lantas pengsan. Keadaan menjadi kelam kabut apabila Aleya tiba-tiba ditarik sesuatu benda. Dia menjerit minta untuk dilepaskan. Namun gagal kerana dia telah dibawa oleh sesuatu makhluk yang tidak diketahuinya. Azim cuba untuk mengejar, tetapi kakinya tersadung oleh akar pokok dan dia pun terjatuh. Syikin, dan Fatihah menjerit ketakutan. Aleya telah jauh dibawa oleh makhluk itu. Tiba-tiba angin kencang itu bertukar menjadi perlahan dan cuaca berubah seperti biasa. Pokok-pokok juga tidak lagi bergoyang. Mereka kehairanan dengan kejadian itu, dalam fikiran mereka saat itu ialah kemungkinan kejadian ini ada kena mengena dengan Aleya.
Suasana di tempat itu cukup luar biasa dari pandangan Aleya. Dia merasa seperti bukan berada di dunianya. Tempat itu cukup ganjil baginya. Dia meronta untuk dilepaskan kerana dia kini diikat di sebatang pokok kayu yang besar dan menakutkan. Dia mengerak-gerakkan tubuhnya untuk melepaskan diri dari ikatan itu. Tetapi malang kerana tiba-tiba ada sesuatu lendir yang mengalir di mukanya. Baunya cukup hanyir. Dia termuntah tatkala tercium bau tersebut dan merasa geli dengan lendir yang berada di wajahnya itu. Dia mencuba untuk membuangnya, tetapi tidak berjaya kerana lendir itu seperti melekat kukuh di wajahnya. Dia menjerit meminta pertolongan, tetapi tiada satu patah pun yang terkeluar dari mulutnya. Mulutnya seperti terkunci.
“ Eh, lepaskanlah aku! Apa salah aku dengan kamu! tolonglah lepaskan aku!” Jeritnya. Tetapi tiada seorang pun yang peduli. Tiba-tiba dia terdengar ada sesuatu hentakan di belakang pokok tempat dia diikat. Dia mencuba untuk menoleh, punyalah dia terkejut melihat orang tua yang selalu mereka nampak itu tengah berusaha melawan makhluk yang tidak dapat dilihat wajahnya itu. Entah bagaimana rupa sebenar makhluk itu. Sama ada dia manusia mahupun bukan, Aleya kurang pasti dengan semua itu kerana dia terlalu takut dengan pertempuran di antara orang tua dan makhluk yang tidak pernah dilihatnya itu sebelum ini. Pandangannya menjadi kabur dan dia lantas pitam kerana terlalu kepenatan. Dalam pada itu juga, dia bermimpi berada di satu tempat yang begitu sunyi dan dia telah didatangi oleh satu cahaya dan ada suara di sebalik cahaya itu.
“ hai budak yang malang! kau telah menjadi mangsa nenekmu! dia telah meninggalkan ‘sesuatu’ buatmu yang akan menghancurkanmu!” Kata suara di sebalik cahaya itu.
“ Apa maksudmu? Aku tak faham apa yang kau katakan! Nenek? kenapa arwah nenek aku?” Kata Aleya membalas kata-kata suara itu meminta kepastian.
“ Nenekmu dulu semasa dia masih hidup, dia telah telah membela ‘sesuatu’. sebelum dia meninggal, dia ingin mencari penganti kepada ‘peliharaannya’ itu dan ‘peliharaannya’ telah memilih kau. Tapi kau jangan risau kerana ada seorang perempuan tua berjubah putih akan sentiasa melindungimu!” Suara itu terus hilang bersama-sama cahaya itu selepas ia memberi pesanan tersebut.
Tinggallah Aleya terpinga-pinga dengan kenyataan daripada suara itu tadi. Dia ligat memikirkannya. Fikirannya berputar laju. Dia lantas memikirkan tentang orang tua yang sering dilihatnya sebelum ini. Rupa-rupanya orang tua itu ialah pelindungnya. Patutlah setiap bahaya yang menimpanya, pasti orang tua itu ada untuk menyelamatkannya.
Tiba-tiba ada satu gegaran mengegar tubuhnya. Dia terkejut lantas tersedar dari mimpinya. Sekali lagi dia amat terkejut apabila di depannya itu ialah orang tua yang kononnya sebagai pelindungnya. Orang tua itu melihatnya dan menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri. Pada mulanya dia ragu-ragu dan apabila dia memikirkan tentang kata-kata suara tadi, dia turut menghulur tangannya. Orang tua itu mengucapkan lagi perkataan yang sama seperti dahulu iaitu “ Lain kali hati-hati sikit.”
Orang tua tersebut telah membawanya ke tempat teman-temannya. Sesampai sahaja dia di tempat temannya, dia telah dipeluk erat oleh Syikin, Fatihah dan Fatin. Dia cuma mendiamkan diri kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpanya itu. Azim dan temannya yang lain telah menanyakan pelbagai soalan kepadanya kerana mereka terkejut apabila melihat orang tua tersebut membawanya ke tempat mereka. Mereka mengesyaki bahawa semua angkara ini adalah berpunca daripada orang tua tersebut. Tetapi Aleya menafikannya dan memberitahu bahawa orang tua itu adalah penyelamatnya. Aleya menoleh belakang untuk mengucapkan terima kasih kerana telah berkali-kali menyelamatkannya. Dia terkejut sekali lagi apabila orang tua tersebut sudah tidak ada di belakangnya sedangkan baru sahaja dia melihatnya tadi. Mereka semua kehairanan apabila tidak melihat perempuan tua tersebut.
Mereka sekawan mengemaskan barang untuk balik ke rumah masing-masing. Memang cukup mengerunkan pengalaman yang mereka lalui di hutan tersebut. Walaupun begitu, mereka bersyukur kerana terselamat daripada kejadian buruk tersebut. Tetapi persoalan yang masih berputar di fikiran Aleya ialah siapakah perempuan tua berjubah putih itu sebenarnya?


Karya : AchieyQ Yma

0 comments:

Post a Comment