Teratak Muda Friend

Monday, March 19, 2012

EBI AF 'SUJUD' DALAM MANIA??

Halluuu guy’s.. Nampak tak Tajuk kat atas tue?? Haa..PANASSSSSS kan?? Hehe.. Bukan apa, hati aku tergerak nak buat Entri berkenaan hal nie sebab aku nampak kat Facebook, Twitter dan macam2 laman sosial laa yang mengutuk Ebi AF nie disebabkan oleh persembahannya dalam MANIA baru2 nie..

Ebi AF

Nak dijadikan cerita, Ebi merupakan peserta HOT SEAT MANIA yang telah mendapat undian yang tertinggi daripada 20 peserta yang dicalonkan.

Pada persembahan pertama pada 17 Mac 2012 (Sabtu), Stacy telah membuka tirai persembahan dengan lagu The Edge Of Glory (Lady Gaga), seterusnya Atilia (Gelombang), Estranged (Rozana), Akim (Demi Cinta) dan kemuncak konsert pula ialah EBI AF (HOT SEAT) telah menyanyikan lagu We Will Rock You (Queen).

Dari kiri Aubrey Suwito, Ahmad Dhani dan Dato' M. Nassir

Persembahan yang dilakukan oleh Ebi pada malam tue agak ‘Overrrrrr’ bagi pandangan sesetengah orang. Lebih-lebih lagi kepada ‘Haters’ pemuda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini. Manakala bagi penyokong-penyokongnya pula, mereka tetap membela Ebi apabila ramai yang mengutuk Ebi di laman-laman sosial selepas Ebi menghabiskan persembahannya. Melalui kenyataan peminat Ebi, Ebi sebenarnya Demam pada malam itu.

Lebih PANAS lagi apabila ‘Haters’ Ebi telah memperbesar-besarkan lagi isu ‘SUJUD’ Ebi kepada M. Nasir selepas mengetahui beliau bernaung di bawah Empayar Dato’ tersebut.

Selain itu juga, ‘Haters’ Ebi telah membanding-bandingkan Ebi AF dan juga Idayu AF. Mereka berpendapat bahawa Idayu lebih layak memasuki MANIA berbanding Ebi. Siap tercetus ‘Perang Komen’ lagi dalam Facebook MANIA itu sendiri. Apa yang aku hairan ialah, Ebi dan Idayu takde pulak bergaduh pasal hal nie..Peminat kedua-dua artis nie pulak yang ‘Meroyan’..Opsssstt!! ;)

Okay laa, sampai di sini jek laa Entri nie..jumpa di nexxttt…nexxttt..nexttt Entri yawww!! ~ Peace No War ~

p/s : Kalau aku tgk laa kan, dari sudut positif – Ebi nampaknya bersungguh-sungguh dan menghargai peluang kedua yg diberi kepadanya dan dia tidak hipokrit! Dari sudut negative – Ebi Nampak sedikit ‘Over’ bila melakukan persembahan sebegitu kerana kemungkinan peminat Malaysia terkejut dengan kemunculannya pada kali ini disebabkan beliau telah lama tidak keluar TV! – Peace!

6 comments:

misz sheyla said...

sempat tengok atilia ngan akim aje...ebi tak tengok lak... teruk sgt ke???

AchieyQ said...

Sy tak rasa teruk, maybe penonton t'kejut kot sbb Ebi dah lama tak kuar TV.. tp biasalah kn..lain org..lain pandangan ;)

Afiq Yassin said...

follow here.. nice blog
salam perkenalan dari Afiq

hit afiq here
http://afiqyassin.blogspot.com/

AchieyQ said...

Afiq : Tq ;) done following u back..

Atiqa_Wahid said...

Yuppp, memang agak keterlaluan sket gaya persembahan Ebi mlm tu ... Over jg la tapi xpa la, ambik semua jdi positif ... =)

AchieyQ said...

Atiqa : thanks 4 ur comment ;)

Post a Comment

There was an error in this gadget