Teratak Muda Friend

Monday, March 19, 2012

PROTEGE OGY ‘OVER’ DALAM MENTOR 6!!

Halluuu guy’s.. pekabar korang semua? Sihat tak? Haa..kalau sihat, alhamdulillah..Kalau sakit jumpalah doktor! Hehe.. Nak citer sikit nie berkenaan dengan MENTOR 6?? Haa.. Konsert pengenalan bagi Mentor 6 telah berlangsung pada 18 Mac 2012 (Ahad) di Tv3.


Peserta-peserta Mentor 6 pada kali ini ialah KJ (ADAM), ANAS (FAIZAL TAHIR), WANIE (FERHAD), CAROLINE (ELLA), ANA (RAMLAH RAM), dan ZATUL (OGY).

Protege dan Mentor

Nak dijadikan cerita, pada malam tue aku tak sabar nak tengok PENGENALAN MENTOR 6 (2012). Tak sabar nak tengok peserta-peserta yang bertanding. Pembukaan persembahan pada malam tue not bad laa bila Wanie iaitu protege kepada Ferhad telah mendendangkan lagu Lagenda. Senang cite ‘Tak Power! Tak Hancur!’.

Pesembahan daripada KJ iaitu protege Adam, mendendangkan lagu Izinku Pergi dan telah menamatkan persembahan dengan kelainan tersendiri iaitu menari di penghujung persembahan.

Persembahan Anas (Faizal Tahir) juga mempunyai kelainan tersendiri dalam menyampaikan lagu ilusi yang dipopularkan oleh Adira.

Caroline iaitu protege Ella tidak sperti yang diterangkan melalui dirinya dalam VT yang disiarkan sebelum dia membuat persembahan. Dia nampak selesa di atas pentas, sedangkan apa yang diceritakan olehnya bahawa beliau seorang yang pemalu. Tapi apa-apa pon, tahniah!

Ana Syuhada (Ramlah Ram) telah membuat persembahan yang nampak biasa-biasa sahaja.

Zatul (protege Kak Ogy)

Zatul iaitu protege Kak Ogy.. Haa, nampak tak tajuk kat atas tue?? Nie laa yang aku maksudkan. Zatul membuka persembahannya terlalu ‘Over’. Nampak gedik sangat! Dia menyanyi sambil menari. Kalaulah suara dia kita dengar bila dia menari..Okay laa..tapi, aku dengar sound lebih kuat daripada suara dia.. Tak pasti laa masalah sound atau memang suara dia takde STAMINA! Pesanan kepada Zatul, sekiranya tidak mampu untuk menyanyi sambil menari..lupakan jek laa sebab itu mencacatkan persembahan awakkkk okay. Tapi apa-apa pon, maybe masih terlalu awal untuk mengkritik (kritikan membina okay! ;), yelah kan baru konsert pengenalan katakan…

Okay laa..setakat nie jek laa Entri saya..Jumpa di nexxttt Entri yaw!! ~Peace No War~

p/s : Antara artis yang mampu menyanyi sambil menari ialah Stacy!!

0 comments:

Post a Comment