Teratak Muda Friend

Monday, March 5, 2012

Nasib ‘Budak Praktikal’ ??

Hidup sebagai seorang budak praktikal ini kadangkala menyeronokkan, kadang-kadang sangat membosankan. Betul tak?? Terpulang kepada individu yang merasainya sendiri ;)


Apa yang berlaku pada aku ketika ini adalah kebosanan yang terlalu berat melanda dalam jiwaku. (Fuh..ayatttt!! HAHAHA) Adakah aku sahaja yang merasa demikian? (Skema dowh!! :D ) Oh tidak! Aku terlalu bosan berada di ruang pejabat yang kelihatan sibuk, tetapi kesibukan itu tidak pada aku. Kesibukan itu berlaku hanya pada pekerja tetap di syarikat ini. Apakah kemungkinan yang dapat aku tafsirkan pada kali ini?? Jeng..Jeng..Jeng…


Mungkin juga sebelum ini aku terlalu sibuk sehinggakan masa rehatku agak kurang dan kadangkala tidak ada walau seminit pun. Tetapi amat berbeza pada ketika ini, ruang masa rehat aku berlipat ganda berbanding sebelum aku memulakan latihan industri ini. Sebelum ini aku terlalu sibuk dengan pembelajaranku di salah sebuah institut awam di Malaysia.


Memandangkan aku adalah salah seorang pelajar daripada jurusan Seni yang sememangnya pada dasarnya apa yang dapat kita lihat pada kehidupan anak seni ini menghadapi kesibukan yang sangat ketara kerana perlu membahagikan masa untuk menghadiri kuliah, latihan praktikal, kajian lapangan dan juga aktiviti-aktiviti kelab mahupun universiti yang perlu diikuti.

Walaupun sesibuk mana kami pada ketika itu, kami tetap enjoy menjalani kehidupan kami sebagai student. Kami tidak pernah merengek apabila terpaksa bersengkang mata sehingga ke pagi kerana perlu menyiapkan assignment dan juga latihan-latihan bagi jemputan persembahan mahupun pertandingan. Kami sentiasa bersatu hati dalam bekerjasama untuk menjayakan program yang kami rancangkan. Walaupun seringkali berlaku bercanggahan pendapat di antara kami, tetapi akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.


Persaudaraan yang terjalin di antara kami tidak akan putus sekiranya salah satu tidak memutuskannya. Itu janji saya!!

Berbalik pada kisah praktikal ini, apa yang dapat saya lihat, pihak syarikat atau pun pekerja-pekerja tetap di sini tidak memberi kepercayaan kepada ‘budak praktikal’ untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya diajarkan kepada ‘budak praktikal’.



Biasanya, budak-budak praktikal mahukan sesuatu kerja yang akan memberi pengalaman kepadanya dan mampu diaplikasikan ke dalam bidang pekerjaannya kelak. Bukannya hanya sebagai tukang fotocopy mahupun pembancuh kopi semata-mata. Apalah gunanya ‘budak praktikal’ itu belajar selama bertahun-tahun menuntut ilmu yang dipelajarinya di peringkat universiti, dan akhirnya hanya melakukan kerja-kerja remeh sebegitu selama tiga bulan mahupun enam bulan menjalani latihan industri.

Aku bukanlah mengatakan bahawa budak praktikal tidak perlu membuat kerja-kerja remeh seperti itu, tetapi fahamilah perasaan pelajar-pelajar yang mahukan pengalaman yang baru dan sebelum ini tidak pernah mereka pelajari semasa belajar di university. Pengalaman yang terkumpul itulah yang akan menjadikan seorang ‘budak praktikal’ itul mampu membanggakan keluarga, guru-guru, masyarakat dan terutama sekali Negara kerana pada masa kini, Negara memerlukan pelapis yang boleh memimpin Negara di masa akan datang ke arah kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.



Nampaknya, entry aku kali ini Nampak lebih serius berbanding biasa. Al-maklumlah, jiwa remaja nie tak boleh ‘ditebas’ sesuka hati. Kadangkala memerlukan ‘Sifu’ sebagai panduan menjalani kehidupan yang hanya sementara ini. Semua gambar-gambar nie aku download dr goggle image. Aku pinjam gambar korang yer! hehe.. Pape pon, aku chaw dulu laa okay..Lain Hari, Lain Entry yer! Okay Chaw Chinn Chiiii.. ~Peace No War~

10 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Tengok tempat & environment gak tu. Kalau dua-dua menarik, memang terbaik la latihan industri. Kalau tak, memang bosan. Haha.

Dak Fisha said...

hem. ade mase bosan. ade mase wat sakit aty jer. hehe. (tga prktikal jugak skg)

AchieyQ said...

Fadzmie : a'ar..t'kena tmpt yg best..confirm xnak lari dr tmpt..tp bila tmpt 2 bosan..mcm malas jek nak langkah masuk opis! haha

Dak Fisha : a'ar..2 laa pasal..ape nak bt, t'pakse terima jek laa kn..huhu

kameliasyahirah said...

aku ada jaga budak praktikal..budak 2 org ni sijil multimedia kot xsilap..aku xtau nk bagi keja ape..aku bgla keja wt video..then bila dh siap,turn aq komen hasil kerja dorg,bleh lak ckp,nk wt mcm mana lg??
huisshh saket jgk hati..tp pk kan adik je..
(tau x aku komen ape?lagu xsesuai akak rase)

Anonymous said...

Aku tengah praktikal sekarang dan aku rasa apa yg kau rasa.

Anonymous said...

even entry ni da lame...tp bln entry nie same..ape yg pnulis rase pun same mcm pe yg sy rase...n now sy tgh melalui saat2 tu..m0ga Allah s.w.t trus beri ketenangan tok lalui tmpoh prctical nie..amin :(

Anonymous said...

agrhh...aku stress ber'praktikal' ni...xdek keja, apa yang aku boleh buat hanyalah online..macam hape je..penat iron baju bagai alih2 online je yang aku mampu...grrrrrrrr

Anonymous said...

aku keje part time kt parkson lg bnyak dapat pengalaman dari praktikal agaknya huhu...

Anonymous said...

tahu takpa membosan kan . dan menyakitkan hati kalau dapat Supervisor yang mulut tk reti control main cakap lepas je. kerja lepas SPM lagi byk pengalaman aku rasa drip praktikal .

Anonymous said...

aku pun tengah melalui saat2 membosankan praktikal ni..mereka x mempercayai untuk memberi tugasan pd budak praktikal..apa yg aku buat hari2 cuma surf internet dan tengok movie..stress..lagi best kerja kat kedai makan abang

Post a Comment

There was an error in this gadget